Sebuah produk daripada tradisi budaya orang Cina telah dijual di laman Amazon dan ia telah menjadi bahan ketawa netizen di sana.

Sebuah bekas berbentuk seperti piala baru-baru ini dijual di laman Amazon. Ia dijual seperti barang antik untuk peralatan dapur mewah dari sebuah kedai yang berpusat di Kanada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut portal China Global Times, tangkap layar produk itu telah menjadi viral dan bualan netizen di China dengan lebih 50 juta tontonan mengenainya di laman Weibo.

Apa yang menjadi bahan ketawa netizen China adalah perkakas dapur yang dipanggil ‘bakul buah antik Cina 1960-an’ sebenarnya adalah tempat membuang air kecil atau tempat meludah masyarakat Cina.

Penerangan produk itu menggambarkan bahawa periuk ‘cantik’ dengan warna dan corak di atasnya yang mewakili budaya tradisional Cina adalah lambang kepada ‘kebahagian hidup’.

Tambahnya lagi bahawa ‘bakul itu memiliki ruang penyimpanan yang besar bertujuan untuk menyimpan apa sahaja jenis buah’ dan ‘praktikal untuk pelbagai kegunaan.’

Selain daripada itu, penerangan produk itu turut mencadangkan bahawa perhiasan dapur itu digunakan untuk menyimpan baguette Perancis dan sesuai untuk hadiah perkahwinan.

Dijual di laman Amazon pada harga CDN68.45 atau sekitar RM220.00, ia difahamkan dijual pada harga lebih mahal daripada biasa.

Untuk rekod, reka bentuk ‘perkakas dapur’ ini juga dijual di laman Shopee Malaysia dengan harga lebih murah iaitu sekitar RM50.00. Tetapi ia dipasarkan sebagai ‘baldi air kencing’ untuk kegunaan warga tua.

Amazon tawarkan rumah yang mampu dibina dalam lapan jam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Amazon Tawarkan Rumah Yang Mampu Dibina Dalam Lapan Jam

Jack Ma ‘Hilang’ Selepas Kritik Kerajaan Komunis China, Cetus Misteri Media Antarabangsa

Saintis Di China Beri Amaran, Pandemik Tahun Ini Diramal Lebih Buruk Daripada Tahun 2020