Bekas ketua gangster paling terkenal di Australia Selatan, Vince Focarelli kini didakwa menggunakan pengaruhnya untuk menyebarkan dakyah bahawa COVID-19 adalah tipu muslihat dan vaksin adalah penyebab kepada kematian yang ramai.

Vince yang kini menetap di Malaysia adalah bekas seorang ketua gangster motosikal, Comanchero. Dia dikatakan telah berjaya mengelak dari beberapa siri pembunuhan. Pernah ditembak empat kali dalam insiden tembak menembak pada tahun 2012, Vince kini memulakan hidup yang baharu di Malaysia.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Melalui pendedahan yang dilakukan oleh Norman Goh, seorang pemerhati politik, penerbit dan juga wartawan. Beliau menyatakan bahawa pada sesi siaran langsung di Facebook pada 6 September, Vince telah menyebarkan maklumat salah apabila menyatakan bahawa COVID-19 itu palsu dan vaksin yang menyebabkan kematian yang ramai.

Melalui pemerhatian The Vocket, melalui penerangan seorang lelaki di awal video. Difahamkan bahawa mereka berkumpul di depan Istana Negara dengan tujuan untuk menghantar memorandum bagi mempertahankan hak mereka yang tidak mengambil vaksin. “Apa yang kita buat hari ini bukanlah untuk menentang kerajaan, bukan juga untuk suka-suka. Tapi apa yang kita buat hari ini adalah untuk mendapatkan hak mereka-mereka yang tidak mengambil vaksin.”

Setengah jam selepas itu, kelihatan Vince mula bercakap. Dia berkata bahawa mereka mempunyai bukti bahawa vaksin telah menyebabkan kematian dan beberapa orang terpaksa ditahan di hospital disebabkan kesan sampingan vaksin. Tambah beliau lagi, tujuan mereka berkumpul di hadapan Istana adalah untuk mempersembahkan bukti dan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Dia juga ada memetik beberapa ayat al-Quran yang menyatakan larangan untuk memasukkan sesuatu yang toxic dan haram di dalam tubuh badan. Di akhir kata, beliau mengharapkan satu keputusan yang bijak dapat dilakukan oleh YDPA untuk melihat dakwaan dan bukti-bukti yang telah dipersembahkan.

memorandum ke Istana, doakan kami

Posted by GPMC on Sunday, September 5, 2021

Dakwaan Vince ini jelas bercanggah dengan data yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk rekod, melalui data yang dikeluarkan oleh laman sesawang covidnow.moh.com.my, Malaysia sudah mencatatkan lebih 19,000 kematian akibat wabak COVID-19.

Selain itu, pada 1 September 2021, Khairy Jamaluddin yang kini memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan menyatakan bahawa setakat hari ini, tiada kematian yang direkodkan di Malaysia akibat pengambilan vaksin. Beliau berkata, Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) komited untuk memastikan keselamatan vaksin COVID-19 melalui pemantauan kejadian buruk berikutan imunisasi (AEFI).

Setakat hari ini, tidak dapat dipastikan apakah ‘bukti’ yang dinyatakan oleh Vince di dalam video tersebut.

Difahamkan bahawa Vince berkumpul di depan Istana Negara bersama-sama dengan ahli dari Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Selain itu, mereka juga turut disertai oleh beberapa NGO lain yang hadir untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Untuk rekod, Vince mula berhijrah ke Malaysia pada awal 2017 untuk mengelak risiko diusir ke negara asalnya, Itali oleh kerajaan Australia. Sejak itu, dia mula menjadi penceramah bagi menceritakan sisi gelap hidupnya sebelum memeluk agama Islam. Melalui laporan Malaysiakini, Vince kini adalah ahli PPIM dan perkenalan awalnya dengan PPIM adalah menerusi ketua aktivisnya sendiri, Nadzim Johan.

Bagi anda yang masih ragu-ragu dengan COVID-19. Sila baca pendedahan seorang pekerja ‘offshore’ yang berkongsi pengalaman disahkan positif COVID-19 selepas dua kali ujian. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pekerja ‘Offshore’ Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif COVID-19 Selepas Dua Kali Ujian

Coronavirus Uji Kemanusiaan, Rakyat Indonesia Halang Jenazah COVID-19 Ditanam Kerana Takut Dijangkiti

430 Hari Tanpa Kes Baharu, Rahsia Brunei Menang Melawan COVID-19

Anda Mungkin Suka