Siapa sangka anggota pangkat tinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia juga turut didakwa menerima suapan. Dilaporkan dua pegawai tinggi ATM dan seorang bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ATM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 17 pertuduhan meminta, menyetujui dan menerima suapan.

Tiga anggota didakwa adalah Kolonel Che Ahmad Idris, Brigedier Jeneral Mohammed Feizol Anuar Ayob dan Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan membuat pengakuan terhadap 17 pertuduhan selepas dibaca di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

SPRM
Sumber: Selangorkini

Berdasarkan pertuduhan ke atas Che Ahmad, beliau telah didakwa atas lima pertuduhan iaitu satu meminta suapan sebanyak RM500,000, menyetujui terima suapan RM500,000 dan menerima suapan RM105,000 daripada Pengarah FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin.

Mohammed Feizol pula didakwa atas lima pertuduhan iaitu menerima rasuah berjumlah RM128,000 melalui dua individu iaitu anak perempuan Elias Jemadi, Nurin Nazwa selaku Penolong Pengurus syarikat dan Hishamuddin Johari selaku Pengarah Eksekutif syarikat berkenaan.

Wang itu diterima sebagai dorongan menggunakan jawatannya ketika itu selaku penasihat ketenteraan kepada Menteri Pertahanan, Mindef untuk membantu menyerahkan Surat Niat.

Sheikh Mokhsain pula telah didakwa enam petuduhan iaitu meminta suapan bernilai RM1 juta dan menerima suapan berjumlah RM226,000 daripada individu sama.

Selain itu, beliau turut berdepan satu lagi pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM50,000 daripada Syed Omar Syed Mohamad sebagai upah ketika menjawat jawatan sama kerana melantik Syarikat Malvus Sense Sdn Bhd melaksanakan perolehan, pembekalan, penghantaran, latihan dan pentauliahan di pejabat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Kementerian Pertahanan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Pada minggu lalu pihak PDRM pada awalnya mengesahkan Addy Kanna dan Leong Yeong tidak terlibat dengan Macau Scam sebelum menafikannya.

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri