Bekas ketua perisik Malaysia, yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana pecah amanah, menghabiskan USD12.1 juta (RM50.4 juta) untuk membeli enam jam tangan mewah menggunakan dana yang disumbangkan kepada kerajaan, kata pendakwa raya pada hari Selasa (6 Okt) di permulaan perbicaraannya.

Dalam kenyataan mereka, pendakwa raya mengatakan bahawa mereka akan mengemukan bukti tambahan bagi menunjukkan bahawa Hasanah Abdul Hamid telah menyalahgunakan dana tersebut, lapor media tempatan.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Hasanah, 62, adalah bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO). Unit yang dipimpin olehnya juga disebut sebagai Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri.

“Pihak pendakwaan akan mengemukakan kesaksian bahawa tertuduh, pada waktu penting dalam kapasitinya sebagai ketua pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri, telah menerima sumbangan berjumlah USD12.1 juta” kata timbalan pendakwa raya Muhamad Iskandar Ahmad.

“Kesaksian juga akan menunjukkan bagaimana tertuduh menyalahgunakan dana dengan memerintahkan pegawainya melakukan enam pembelian jam tangan mewah, membuat pembayaran kepada pihak ketiga dan mengangkut wang yang tersisa tanpa menyerahkannya ke jabatan atau kerajaan.”

Iskandar mengatakan bahawa keterangan akan menunjukkan bahawa sejumlah wang itu disediakan untuk “tujuan khas” tetapi tertuduh telah gagal melaksanakannya.

Hasanah pada 25 Oktober 2018, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah berjumlah USD12.1 juta, atau RM50.4 juta, dalam dana milik kerajaan ketika berkhidmat sebagai ketua pengarah Bahagian Penyelidikan PMD.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Penyelidikan di Putrajaya antara 30 April 2018 dan 9 Mei 2018. Hasanah juga didakwa di bawah Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat sekiranya didapati bersalah.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lihat Cara Untuk Mengesan ‘Spy Camera’ Di Dalam Bilik Hotel Anda

Warga Malaysia Didakwa Di Amerika Syarikat Kerana Pasang Kamera ‘Spy’ Dalam Tandas Pesawat

7 Aplikasi Yang Mungkin Sedang ‘Spy’ Telefon Pintar Anda

Anda Mungkin Suka