Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja Senario, mesti ada daripada anda ingat beberapa siri filem kelakar yang pernah dilakonkan oleh kumpulan Senario. Adakah anda masih ingat filem prekuel Senario The Movie Episode 2: Beach Boys yang ditayangkan pada tahun 2009?

Untuk pengetahuan anda, lokasi penggembaraan filem itu dijalankan di sebuah resort mewah, Teluk Dalam Resort di Pulau Pangkor. Terbaharu, seorang pengguna TikTok @norizam17 telah berkongsi pengalamannya meneroka bekas tapak penggambaran filem tersebut yang dilihat sudah terbengkalai.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →
@norizam17

teluk dalam resort dah 10 tahun terbiar…#nizamstudios #telukdalamresort

♬ bunyi asal – Norizam – Norizam

@norizam17

teluk dalam resort dah 10 tahun terbiar..#nizamstudios #telukdalamresort

♬ bunyi asal – Norizam – Norizam

Menerusi video tersebut, dia dilihat membandingkan beberapa babak dalam filem Senario Beach Boys dengan keadaan resort itu sekarang. Dapat dilihat suasana resort itu suram dan kebanyakan tempat dipenuhi lalang yang panjang hingga ke paras pinggang.

Tambahnya, Teluk Dalam Resort ini sudah ditutup 10 tahun lalu, oleh itu keadaan resort sangat menyedihkan. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan keadaan resort terbabit.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa seram sejuk melihat keadaan resort terbabit dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menginap di resort itu satu ketika dahulu. Segelintir netizen juga tertanya-tanya apakah faktor penutupan resort itu dan mengapa ia dibiarkan begitu sahaja.

Sementara itu, jom lihat keadaan Taman Tema MAPS yang telah ditutup sebelum ini pada pautan di bawah.

Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih

Selepas 2 Tahun Ditutup Dan Terbengkalai, Ini Keadaan Terkini MAPS Ipoh Yang Menyedihkan

Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh