Kerajaan negeri Selangor pada hari ini mengumumkan bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad akan mengetuai task force bagi menangani penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Tindakan menubuhkan majlis tindakan khas atau task force itu dibuat selepas pihak mereka mendapati 60 peratus daripada pesakit yang mengalami wabak Covid-19 itu adalah mereka yang menetap di Selangor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Langkah ini diambil kerana Kerajaan Negeri dapati sebanyak 60 peratus daripada 117 kes Covid-19 adalah mereka yang tinggal di Selangor,” katanya seperti dilaporkan Selangor Kini.

Task force itu menurut Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bukan sahaja akan melibatkan penyertaan dari bekas Menteri Kesihatan itu tetapi akan turut disertai empat pakar kesihatan serta wakil daripada jabatan kesihatan negeri.

Selain itu, task force yang ditubuhkan itu juga akan mendapatkan maklumat lokasi berisiko tinggi Covid-19 selain bekerja bersama bagi mengelakkan penyebaran virus di negeri itu.

“Selain itu kita akan ke sekolah dan kawasan awam untuk berkongsi bagaimana masyarakat boleh membantu mencegah Covid-19,” tambahnya lagi.

Amirudin Shari pada masa sama turut mengingatkan mana-mana penganjur program berskala besar agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan seperti menyediakan penutup hidung dan mulut serta pembersih tangan (hand sanitizer) kepada para peserta.

Tahukah anda, kerajaan negeri Selangor sebelum ini juga pernah mengumumkan akan menambah sehingga 5,000 unit CCTV dilengkapi dengan face recognition bagi menangani jenayah di negeri mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor

5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau

Sumber