Semalam tular satu video di media-media sosial yang menunjukkan seorang ustazah dipaksa merangkak oleh salah seorang ibu kepada anak muridnya sebelum ini.

Ustazah itu dikatakan dipaksa merangkak selepas mendenda anak muridnya yang juga merupakan anak kepada perakam video tersebut dengan hukuman merangkak sehari sebelum itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah bekas menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik turut meluahkan kekecewaan beliau dengan insiden tersebut.

Dalam satu kiriman di akaun Twitter peribadinya, Maszlee menjelaskan sebagai orang yang berada sangat dekat dengan golongan guru di Malaysia dan selalu mendengar luahan mereka sebelum ini, perkara itu sangat menyedihkan.

Malah, dia pada awalnya menganggap video tersebut sebagai fake news kerana terlalu terkejut dan menganggap perkara tersebut tidak mungkin berlaku di negara kita.

Beliau yang kesal dengan insiden tersebut bagaimanapun menasihatkan kedua-dua belah pihak agar bersabar dan memikirkan kembali apa yang telah berlaku.

Sambil menasihati guru agar bersabar dalam menghadapi situasi sebegini dan meminta ibu-bapa agar menilai kembali tingginya martabat seorang guru dalam kalangan masyarakat kita sebelum ini.

Walaupun tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu tersebut, Maszlee berkata adalah sangat penting untuk ibu-bapa di luar sana untuk merenung kembali apa yang telah dilakukan oleh para guru ini.

Kerana di akhirnya, tujuan guru ini hanyalah untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang lebih berguna di dunia.

Sebagai seorang yang pernah menyandang jawatan menteri pendidikan sebelum ini, sudah pasti apa yang dikatakan oleh beliau perlu diambil berat oleh kedua-dua pihak terlibat.

Kerana secara tidak langsung, isu-isu remeh seperti ini sudah pasti akan mengalihkan perhatian kita daripada fokus utama untuk menjadikan anak-anak kita di sekolah sebagai insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Dr Maszlee Malik adalah merupakan Menteri Pendidikan Malaysia dan pernah berkhidmat dari tahun 2018 hingga awal tahun ini. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai pencapaiannya sepanjang menyandang jawatan tersebut. 

Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Antara Pencapaian Dr Maszlee Malik Sepanjang Bergelar Menteri Pendidikan

Tidak Setuju Peletakan Jawatan YB Maszlee Malik, Netizen Lancar Petisyen Untuk Beliau Kembali

YB Maszlee Malik Sahkan Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan