Mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada bekas menteri maklumat setelah didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM12 juta bagi merancang pengambilalihan perkhidmatan televisyen digital pada 2016.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman terhadap bekas menteri, Truong Minh Tuan, 14 tahun penjara kerana dituduh dengan kesalahan mengurus ekonomi dan menerima rasuah dalam kes yang sama, menurut kenyataan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MobiFone, salah satu daripada tiga syarikat mudah alih terbesar Vietnam membeli saham dalam Audio Visual Global JSC untuk hampir RM1 trilion pada akhir tahun 2015.

 

79a06003aac948899dfd71b8d23ed131_18
Al Jazeera

Kerajaan mengalami “kerugian kewangan yang serius” akibat transaksi tersebut, kata kenyataan itu.

Kes MobiFone adalah kes rasuah terbesar setakat ini dalam kempen anti-rasuah Vietnam yang telah menghukum ratusan pegawai kerajaan.

Pengerusi JSC Global Audio Visual Pham Nhat Vu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah membayar suapan kepada Son, Tuan, eksekutif MobiFone dan pegawai kerajaan lain.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman kepada 11 defendan lain antara dua dan 23 tahun penjara kerana terlibat dalam kes itu.

Tahukah anda bahawa wujud unsur rasuah dalam urusan pengambilan pekerja asing di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk membaca.

SPRM Dedah Wujud Unsur Rasuah Dalam Urusan Pengambilan Pekerja Asing

SPRM Dakwa Bekas CEO SSM Dan Anak Bagi Kes Rasuah RM5.7 Juta

Senarai Pendakwaan Yang Dikenakan Ke Atas Zahid Hamidi Melibatkan Rasuah Bernilai RM21.5 Juta

Sumber