Berita mengenai Apple mahu membangunkan sebuah kereta elektrik sudah dibincangkan oleh pengguna internet sejak tahun 2014 lagi. Dan beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat yang beroperasi dari Cupertino mula memilih pakar-pakar dalam bidang automotif untuk membangunkan Apple Car.

Pada akhir tahun lalu, Apple telah melantik Manfred Harer untuk turut serta dalam pembangunan kereta mereka. Manfred Harer merupakan bekas Naib Presiden Porsche Chassis yang dikatakan salah seorang jurutera terbaik di Volkswagen Group. Beliau bertanggungjawab sebagai Ketua Pembangunan Casis di Porsche dan pernah menggalas tanggungjawab untuk menjaga pembangunan produk Porsche Cayenne sebelum ini.

vocket-kereta-apple-manfred-harrer-porsche

Manfred  Harrer telah berkhidmat di Volkswagen Group selama lebih dari 13 tahun sebelum dia meninggalkan syarikat itu pada akhir tahun lalu tanpa memberitahu bekas rakannya ke mana dia pergi selepas itu.

Ada beberapa penganalisis Apple menjangkakan syarikat tersebut sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah kereta elektrik dalam masa terdekat dan mungkin akan menggunakan Platform Elektrik E-GMP Bateri Hyundai pada ‌Apple Car mereka nanti.

Nampaknya pembangun-pembangun automotif dunia akan bersaing dengan Apple tidak lama lagi. Memandangkan Apple sudah mempunyai peminatnya tersendiri, sudah semestinya Apple Car akan menjadi salah satu produk ‘wajib beli’ oleh golongan kayangan di seluruh dunia nanti.

Baca lagi artikel mengenai Apple Car yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Apple Car Mungkin Dipasarkan Tahun 2021 Dengan Harga RM309 Ribu

Selepas iPhone, Apple Dijangka Lancarkan Kereta Elektrik Menjelang 2024

Sumber