Tidak dapat dinafikan bahawa ayam goreng KFC memiliki keenakan dan kelazatan rasanya tersendiri. Malah, boleh dikatakan KFC antara restoran makanan segera kegemaran orang ramai.

Pernahkan anda mendapat ayam yang bersaiz kecil di KFC? Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mohd Firdaus Jailan telah berkongsi tindakan yang anda boleh lakukan jika mendapat ayam bersaiz kecil di KFC. Baca perkongsiannya di bawah ini:

Makan di restoran KFC:

1 . Jangan sentuh ayam tersebut.

2. Terus bawa ke kaunter untuk ditukar sehingga kita puas hati.

3. Jika tidak puas hati, anda boleh minta refund.

Take away atau drive through:

1. Ketika mendapat pesanan anda, terus periksa (minta penyepit) terutamanya jika bahagian yang anda ambil ialah bahagian kepak dan peha.

2. Untuk memudahkan anda, minta pekerja letakkan kepak dan peha di bahagian atas semasa membungkus.

3. Minta tukar serta-merta jika saiz ayam yang anda dapat kecil dan anda tidak berpuas hati dengannya.

Perkara sebegini berlaku kerana pelanggaran 4 SOP ini:

1. Pekerja mencuci ayam tidak mengikut prosedur.

2. Pekerja yang menggoreng ayam tidak mengikut prosedur.

3.Pekerja yang racking ayam tidak mengikut prosedur.

4. Pekerja yang menghidang ayam tidak mengikut prosedur.

Oleh itu, jika berlaku perkara ini anda sudah tahu bahawa mereka tidak mengikut SOP yang disediakan. Pasti perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda jika saiz ayam KFC yang dibeli oleh anda tidak mengikut saiz sebenarnya.

Sementara itu, KFC telah perkenalkan semula KFC Zinger Double Down. Baca artikel tersebut pada pautan di bawah. 

‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan

10 Kek Secret Recipe Anda Wajib Cuba Saranan Staf Mereka

FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad