Sebut sahaja Subway, ramai sudah terbayang keenakan sandwichnya. Apakah menu kegemaran anda?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hajaarudin yang merupakan bekas pekerja Subway telah berkongsi beberapa tips untuk menjadikan sandwich anda lebih sedap. Ayuh ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

https://twitter.com/hajaarudin/status/1308408922592677893

1. Pilihan roti

EihL96EU4AIZc8t

kalau mahu pilih roti yang sedap, pilih hearty italian dan request triple toast. Sumpah sedap and crunchy! Dia takkan soggy walaupun sudah sejuk dan bercampur dengan sos.

*Nota kaki: hanya roti Hearty Italian sahaja yang boleh double toast atau triple toast. Kalau roti lain seperti parmesan oregano, honey oat dan wheat tidak sesuai double toast nanti terlalu lembik.

2. Kombinasi sos

EihU81FUMAIIZeh

Kombinasi sos yang paling sedap adalah ranch (minta lebih), thousand (minta lebih), sweet onion, mayonnaise, olive oil, chili dan BBQ. Kombinasi sos-sos ini sesuai untuk semua jenis menu termasuk salad dan wrap.

3. Sayur

a49f5acf-e0c6-4486-8a1d-5cd6e33531e0

Kalau anda penggemar sayur, minta sahaja extra kerana tiada additional charge. Sos pun tidak ada additional charge, hanya daging dikenakan caj tambahan.

4. Sup cendawan

subway mushroom soup

Tidak semua orang tahu yang Subway sebenarnya ada mushroom soup. Kalau anda order wrap, boleh cuba makan dengan mushroom soup. Sedap!

5. Jangan letak sos ketchup

Sos ketchup adalah sos yang paling tidak sedap. Jadi jangan sesekali anda letak sos ketchup pada sandwich, wrap atau salad anda. Rasanya akan potong stim kesedapan sandwich anda sebab rasanya masam-masam sikit terutama makan dengan meatball marinara memang spoil habis.

Rasa sandwich di Subway sememangnya sudah sedap, bertambah padu apabila ikuti panduan yang dikongsikan oleh bekas pekerja Subway ini. Tunggu apa lagi? Bolehlah cuba di Subway terdekat anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik untuk anda pada pautan di bawah ini.

10 Kek Secret Recipe Anda Wajib Cuba Saranan Staf Mereka

Tekan Terus Siap, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Pesanan Di Mesin Kopi Costa Untuk ‘First Timer’

Gadis Ini Kongsi Menu Baharu Dan ‘Best Selling’ Yang Anda Boleh Cuba Sekarang Di IKEA