Bekas pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh Ashaari Mohd Nasir adik angkat kepada Allahyarham. Yazit menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi tadi selepas doktor pakar yang merawatnya menarik mesin bantuan pernafasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yazit dimasukkan ke HKL pada jam 3.45 pagi kelmarin selepas sesak nafas di rumahnya di Taman Melati. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.

Ahli anggota Search yang lain termasuk Kid dan Din hadir untuk menziarah Allahyarham sejak semalam. Ramai rakan artis termasuk ahli Kumpulan Search, Kid dan Din hadir untuk menziarahi Allahyarham. Begitu juga artis-artis lain yang turut mengucapkan takziah di laman sosial peribadi mereka. Salam takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah.

https://www.instagram.com/p/B23L4UUAKSo/

Industri muzik tempatan juga kehilangan artis legenda, Saleem October tahun lalu akibat kemalangan motosikal.

Saleem Iklim Meninggal Dunia

Sumber