Daripada apa yang bermula dengan komen beliau terhadap bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 hujung minggu lalu, nama Vivy Yusof dan perusahaan fesyen miliknya, dUCk masih hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Pelbagai isu mula ditimbulkan netizen seperti harga stapler keluarannya, percutian peribadi malah ada yang mula membuat analisis sendiri berhubung prestasi perniagaan milik usahawan itu.

Tidak dapat dinafikan tudung berjenama dUCK sebelum ini memang mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat fesyen di negara ini walaupun dijual dengan harga yang tinggi.

Namun, tatkala netizen lain dilihat menyerang usahawan fesyen itu, netizen Jasmina Mokhtar yang juga merupakan bekas peminat Vivy Yusof ini pula mengambil pendekatan berbeza.

Melalui laporan yang dipetik daripada portal Says beliau dilihat menasihati masyarakat Melayu terutamanya golongan B40 dan M40 yang sebelum ini menjadi ‘peminat’ kepada jenama itu.

Mengakui pernah meminati jenama itu suatu ketika dahulu, dia bagaimanapun kecewa dengan sikap masyarakat Melayu yang masih berbelanja tidak mengikut kemampuan dan masih menjadi pengikut jenama itu walaupun produk dijual dengan harga yang tinggi.

“Saya kecewa bila dia mula menjual tudung berharga RM600-RM800.Lagi kecewa apabila melihat mereka yang berada dalam golongan M40 dan B40 membeli produk-produk ini.

“Kemudian dia memperkenalkan stapler dUCk dengan harga RM75 dan kumpulan orang yang sama membelinya. Secara mudahnya orang Melayu,” luahnya.

Contohi masyarakat Cina

Kecewa dengan sesetengah masyarakat Melayu, beliau mengingatkan agar mencontohi sikap masyarakat Cina dalam melakukan perbelanjaan.

“Pesanan saya kepada orang Melayu terutama M40 dan B40, belajarlah dari masyarakat Cina. Beli ikut kemampuan, pentingkan pendidikan dan ajar anak-anak untuk survive. Bukan acah-acah berangan nak jadi Vivy.

“Dia sah-sah anak orang kaya. Dari zaman belajar travel business class dan sempat singgah kedai Dior nak beli beg tangan sampai airlines kena panggil,”kongsinya.

Malah dia yang juga merupakan anak kepada seorang CEO juga katanya selalu diajar untuk menyokong peniaga-peniaga kecil oleh bapanya.

“Ayah saya dulu selalu menggalakkan saya untuk membeli daripada peniaga kecil dan mengingatkan saya agar tidak meminta diskaun jika harga berpatutan.

“Dan jika saya mahu sesuatu barangan berjenama, ayah akan selalu mendapatkan nasihat daripada ibu dan biasanya jawapan adalah tidak,” katanya.

Baca perkongsian lain kami mengenai usahawan fesyen Vivy Yusof sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Netizen Mahu Dato’ Rizalman Dilantik Sebagai Lembaga Pengarah UiTM Gantikan Vivy Yusof

Stapler ‘dUCk’ Berharga RM80 Kembali Hangat Diperkatakan Netizen

Kenapa FashionValet Masih Rugi Walaupun Menerima Pelaburan Besar