Bekas pengacara TV3 dan personaliti terkemuka tanah air, saudara Mahadzir Lokman dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir di sebuah hotel bertempat di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Menurut adik beliau, Ida Lokman serta keluarganya sangat terkejut menerima berita itu mengenai pemergian abangnya. Pada tahun lalu, saudara Mahadzir Lokman turut dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kompilasi buah pinggang dan paru-paru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: RunWorldEvent

Dilaporkan keluarga Allahyarham kini sedang dalam proses menguruskan urusan membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur untuk tujuan pengebumian. Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga Mahadzir Lokman diatas pemergian personaliti berpengaruh ini.

Sumber