Inilah taukeh mee segera ‘Mamee’, Phang Chin Hin, seorang penjual kereta second hand!

Selain mee segera Maggi, rasanya semua daripada kita tahu satu lagi brand yang terkenal, Mamee. Kalau nak tahu, inilah pengasas Mamee, Phang Chin Hin, seorang anak tempatan yang asalnya penjual kereta terpakai!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mamee-1

Pada tahun 1971, seorang rakan Chin Hin mengajak beliau mengusahakan produk mee segera yang menurut kawannya itu, lebih ada masa depan berbanding jual kereta second hand.

Dengan tak tahu apa-apa pun pasal mee segera, Chin Hin pun buka kilang kecil-kecilan bagi menghasilkan makanan tersebut.

Baca: Tanpa Pelajaran Tinggi, Beliau Berjaya Bangunkan Padini Dan Vincci Hingga Terkenal

mamee-2
Anak lelaki beliau Phang Tee Chew kini memegang jawatan sebagai group CEO 

Lepas itu, beliau hantar anak lelaki, Tee Chew belajar di Jepun dan bekerja dengan sebuah kilang mee segera di sana.

Bila pulang ke Malaysia, Tee Chew terus diberi tanggungjawab buat kerja marketing manakala Chin Hin terus fokus di kilang mereka itu.

Mula-mula nama mee segera ni Lucky, malangnya nama Lucky tak ‘selucky‘ mana kerana terpaksa bersaing dengan nama besar mee segera lain seperti Maggi dan Cintan.

Masa tu mee segera Lucky tak dapat sambutan dan bank-bank pun tak nak bagi mereka pinjaman.

Menurut The Star, satu hari semasa Tee Chew tengah jual mee segeranya, dia ternampak sekumpulan kanak-kanak tengah makan mee segera yang tidak dimasak.

Dari situ dia tergerak untuk menghasilkan mee segera yang dah pun tersedia dimasak – MAMEE MONSTER!

mamee-3
Kilang Mamee di Melaka

Sejak itu jualan mereka mula menempa kejayaan dan sehingga kini, kilang mereka yang terletak di Melaka adalah antara yang terbesar di Malaysia dan produk mereka akhirnya telah memasuki pasaran 80 buah negara di seluruh dunia!

Sekarang bukan saja mee segera, syarikat mereka juga telah mempelbagaikan berbagai produk makanan termasuk yang hebat diperkatakan, MISTER POTATO!

Kini uncle Pang dah pun mendapat gelaran Datuk manakala anaknya, Tee Chew dan pun bergelar Tan Sri.

Yang pasti, walaupun menghasilkan mee segera, namun apa yang mereka capai dan kejayaan yang mereka miliki hari ini tidak ‘sesegera’ sepertimana produk mereka. SALUTE!

Baca lagi: Bagaimana Bonia Dibangunkan Oleh Seorang Anak Penoreh Getah