Selepas tamat 34 perlawanan dalam GO-Jek Traveloka Liga 1, Bhayangkara FC disahkan muncul sebagai juara mengenepikan Bali United, walaupun berkongsi mata yang sama.

Bhayangkara FC telah berjaya menang dalam 22 perlawanan, seri 2 perlawanan dan tewas 10 perlawanan, mengumpul keseluruhan 68 mata. Manakala bagi Bali United pula, 21 kali menang, 5 kali seri dan 8 kali kalah, juga mengumpul 68 mata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2017-11-12_23-01-58

Mengapa Bhayangkara FC Dinobatkan Sebagai Juara?

Menurut peraturan yang termaktub dalam GO-Jek Traveloka Liga 1 2017, penentuan kedudukan pasukan dalam liga adalah seperti berikut:

  1. Jumlah kutipan mata
  2. Head-to-head
  3. Perbezaan Gol
  4. Jaringan Gol

20988333_537338589931370_3619542176003350319_o

Berdasarkan keputusan diantara Bhayangkara FC dan Bali United dalam 2 perlawanan, Bhayangkara FC telah berjaya menewaskan Bali United dengan keputusan 3-1 dan 3-2.

Oleh yang demikian, Bhayangkara FC telah berjaya muncul sebagai Juara GO-Jek Traveloka Liga 1 2017.

Gagal Ke AFC Cup 2018

Walaubagaimanapun, kejuaraan itu tidak mampu untuk membawa Bhayangkara FC ke kejohanan AFC Cup 2018.

Perkara ini adalah disebabkan Bhayangkara FC tidak berjaya mendapat lesen kelab AFC untuk beraksi dalam kejohanan peringkat Asia seperti syarat yang telah ditetapkan oleh AFC dalam manual pertandingan ‘AFC Club Competition 2017-2022‘.

Selain Bhayangkara FC, 2 lagi kelab yang gagal mendapatkan lesen adalah Persipura Jayapura dan PSSM Makassar.

Sebelum ini, 2 buah kelab, Persib Bandung dan Arema FC. 3 lagi kelab Persija Jakarta, Bali United dan Madura United menerima kelulusan bersyarat dari AFC.