Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott membuat pendedahan ‘peringkat tertinggi’ dengan mendakwa bahawa kerajaan Malaysia pada masa itu ‘tahu’ bahawa kehilangan pesawat MH370 adalah plot bunuh diri, lapor Malaysiakini.

Pesawat penumpang Malaysia Airlines, MH370 yang dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah hilang pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang – kebanyakannya dari China – dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pasukan mencari telah dikerahkan ke zon carian Lautan Hindi yang seluas 120,000 kilometer persegi (46,000 mil persegi) dan pencarian diketuai oleh Australia. Sehingga sekarang kehilangan pesawat ini masih misteri dan usaha pencarian telah digantung sejak Januari 2017.

“Selamat malam. Malaysia tiga-tujuh-sifar,” adalah kata-kata terakhir diucapkan kapten kepada kawalan trafik udara sebelum pesawat itu hilang dari radar pada jam 01:21.

Kehilangan pesawat penumpang ini telah menjadi subjek para pakar mengeluarkan teori masing-masing.

Terbaharu Abbot memberitahu orang ramai dalam satu siri dokumentari Sky News yang disiarkan Rabu lalu bahawa kerajaan Malaysia pada masa itu percaya bahawa pesawat itu sengaja dijatuhkan.

“Pemahaman saya – pemahaman yang sangat jelas saya – daripada peringkat teringgi kerajaan Malaysia bahawa sejak awal-awal lagi mereka berpendapat ia adalah jenayah bunuh diri oleh juruterbang.

“Saya tidak akan mengatakan siapa kata kepada siapa. Tetapi saya menegaskan sekali lagi – saya mahu sangat jelas – ia difahami di peringkat tertinggi bahawa ini adalah hampir pasti bunuh diri oleh juruterbang,” kata Abbott yang merupakan perdana menteri Australia apabila pesawat itu hilang pada 8 Mac 2014.

Keluarga dan sahabat terdekat Zaharie telah menafikan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Pada 2016, Malaysia mendakwa Zaharie telah merancang laluan Lautan Hindi selepas melihat bukti simulator penerbangan di rumah beliau. Namun pihak kerajaan pada masa itu telah menyatakan bahawa itu tidak dapat dijadikan bukti yang kukuh.

Manakala pada 2018, laporan akhir menyebut bahawa kegagalan kawalan lalu lintas udara telah menyebabkan perjalanan pesawat itu diubah secara manual. Tetapi kesimpulan ini dianggap tidak kukuh dan telah meninggalkan lebih banyak tanda tanya.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MH370, klik pautan di bawah.

Misi Pencarian MH370 Bakal Diteruskan Semula Pada Tahun Ini

Into Thin Air, Kisah Berdasarkan Misteri Kehilangan MH370 Sah Bakal Difilemkan

Malaysia Mungkin Bakal Meneruskan Kembali Misi Pencarian MH370

Sumber