Sebuah berita yang mengejutkan buat politik dunia pada hari ini apabila Hosni Mubarak selaku bekas presiden Mesir dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah pada usia 91 tahun.

Untuk pengetahuan, Hosni Mubarak mulai menjadi presiden Mesir pada 1981 selama 30 tahun sebelum digulingkan oleh tentera melalui sebuah revolusi pada tahun 2011.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
d0f3142a-1081-11e7-9af0-a8525e4e6af4_1280x720
Sumber: SCMP

Difahamkan beliau menghembuskan nafas yang terakhir selepas dilaporkan mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik beberapa minggu selepas menjalani pembedahan. Takziah diucapkan buat seluruh warga Mesir serta keluarga Hosni Mubarak di atas pemergian figura politik berpengaruh ini.

Pada bulan ini, kita dikejutkan dengan kematian dua selebriti tanah air iaitu Ashraf Sinclair dan Abam Bocey.

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Sumber