Minggu lalu, Adidas telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan meneruskan kerjasama dengan artis ternama Kanye West melalui kerjasama baharu di bawah nama ‘adidas + KANYE WEST’. Nampaknya department Yeezy kini sedang mencari calon untuk mengisi kokosongan jawatan di department berkenaan.

Calon yang berjaya akan ditempatkan di headquarters Adidas di Portland, Oregon. Antara kekosongan jawatan untuk department Yeezy ini adalah jawatan pereka fesyen, pegawai perhubungan awam, product manager dan banyak lagi.

Memang jarang sekali Adidas mengeluarkan kekosongan pekerjaan yang banyak dalam sesuatu masa. Ada 17 kekokosongan yang perlu diisi buat masa ini. Jadi, jika anda rasa anda layak, boleh cuba apply di laman career Adidas di sini. Seronok kerja ini. Semestinya anda pasti dapat berjumpa dengan the man himself, Kanye West!

yez

Sumber