Antara mitos universiti yang aku utarakan satu masa dahulu ketika kecoh tentang ‪#‎sayazahra‬ adalah, masuk Universiti bukanlah untuk kerja. Kalau belajar sains, tak semestinya kerja bidang sains. Kerja tu rezeki berbentuk wang untuk sara diri. Ilmu itu ilmu.

Jadi, ramailah yang butthurt sebab terperangkap dengan mitos universiti tersebut. Sampai ada poyo-poyo suruh aku diam. Aku baru nak balas, ada orang tolong tiawkan. Diam tak ke sudah. Kah kah kah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berbalik dengan mitos universiti tersebut, pelajar universiti selalu anggap yang lepas graduasi, sudah pasti dapat kerja gaji besar dan kerja pilihan, boleh beli kereta besar, boleh beli rumah besar, kahwin, besarkan perut, dan buat anak, sekali sekala melancong ke luar negara seperti ke Eropah, Jepun atau Korea, pergi umrah, buat haji, lepas tu bersara dengan pencen yang lumayan.

Wake up la woi. Dunia tidak semudah itu. Maklumlah, sejak dari sekolah rendah kita dimomokkan yang kena masuk U supaya dapat gaji besar.

Sebab tulah mereka lupa, apa maksud universiti. Apa tujuan universiti ditubuhkan. Universiti adalah ladang ilmu, tempat bertempurnya idea dan falsafah. Tempat berentap disiplin ilmu, dan meluaskannya.

Bila mereka graduate, hidup tak seperti diharapkan, mereka terkejut. Berbulan-bulan tak dapat kerja, sedangkan kerja banyak yang dikutip oleh Nepal dan Bangladesh. Aku faham yang gaji sikit antara punca kita tak nak buat kerja-kerja tersebut. Tetapi untuk sementara sudahlah. Kita aim kerja yang kita nak dengan bersungguh-sungguh.

Macam Einstein kerja di Patent Office sebab permohonan dia untuk menjadi pengajar ditolak selama dua tahun. Sedangkan dia dah graduate pada tahun 1900. Pada tahun 1903, baru dia dapat kerja tetap di Patent Office tersebut. Tetapi, kerana minat yang mendalam dengan fizik, dia tetap belajar dan membaca buku. Dia buat kumpulan diskusi untuk membincangkan tentang falsafah dan sains. Waktu dalam “buangan” itu juga dia mengusulkan “thought experiments” yang menyatakan tentang alami cahaya dan kaitannya di antara ruang dan masa.

Setelah itu, dia sambung pengajiannya dan dinugerahkan PhD pada tahun 1905. Pada tahun 1908 barulah dia dapat pensyarah di University of Bern.

Manakala Agnes Pockels selepas habis sekolah, dia tidak boleh ke universiti (kerana waktu itu, wanita tidak dibenarkan untuk ke universiti). Dia dapat bahan bacaan melalui adiknya yang dapat ke universiti.

Berbekalkan alatan dapur, dia telah mengkaji mengenai fenomena fizik yang dinamakan surface tension. Hasil kajian tersebut ditulis di dalam surat dan dihantar ke Lord Rayleigh. Nasib baik Lord Rayleigh ini jujur, tidak seperti James Watson dan Francis Crick yang mencuri data Rosalind Franklin. Hasil data tersebut, James Watson dan Francis Crick dapat Nobel Prize.

Jadi, Lord Rayleigh hantar surat tersebut ke majalah jurnal sains terkemuka, Nature, dan surat tersebut diterbitkan di situ. Hasil kajian tersebut, telah membuka disiplin baru dalam dunia sains yang dinamakan surface science.

Ya, aku tahu dua kerja di atas cuma tertakluk dalam bidang akademia.

Ramai yang merungut, kebanyakan mereka tidak dapat kerja kerana majikan mahukan pekerja yang berpengalaman. Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang skim yang ditubuhkan kerajaan yang dinamakan SL1M. Skim tersebut melatih graduan baru untuk mendapatkan pengalaman dan meningkatkan kebolehpasaran dalam pekerjaan. Korang sedar tak skim tu?

Malah, banyak syarikat gergasi seperti Intel, IBM, Apple, dan berbagai-bagai lagi yang menyediakan peluang intern atau latihan untuk graduan baru. Itu adalah cara syarikat mereka untuk rekrut bright mind dan asah potensi untuk pulangan tenaga kerja profesional pada masa hadapan.

I know, job hunting is not easy. Aku pun banyak kali ditolak daripada jawatan yang aku idamkan. Tetapi, kalau betul-betul passion dengan jawatan tu. Usaha sebaik mungkin.

Tambahan, sebab tu aku jelik gila dengan orang yang kononnya pro interview orang. Dia siap judge cara ketuk pintu, cara jalan dan cara duduk. Sedangkan melalui pembacaan aku tentang tip daripada tukang rekrut orang di Google, Apple, dan syarikat gergasi lain, mereka cari leader, bukan pekerja. Sebab itu soalan temuduga dia memang mencabar critical thinking.

Sebabnya, bila bos tak ada, dia boleh diharap untuk buat kerja bos. Boleh jadi decision maker yang bagus disaat-saat genting. Tahu kenapa Julius Ceaser antara komander perang terhebat? Dia pandai cari talent (leader) dalam unit ketenteraannya.

Malah, faktor dia memenangi The Battle of Alesia adalah disebabkan dia ada askar yang boleh jadi komander sementara dan menyelamatkan keseluruhan tentera dia ketika itu.

Itu kebanyakan majikan yang unggul tengok dalam diri pekerjanya.