Jika dua bulan lalu kecoh isu Aaron Aziz digugurkan daripada berlakon di bawah filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster, kini pelakon dari Singapura ini sekali lagi menjadi buah mulut ekoran TikTok yang dilakukan beliau.

Menerusi perkongsian, dapat dilihat Aaron Aziz didakwa meletakkan ular berdekatan dengan sangkar kucing. Selain itu, beliau juga dilihat membelai ular sawa yang berada di atas sangkar kucing tersebut.

Baca Juga:

Meskipun ular sawa tersebut mungkin tidak mempunyai peluang untuk memakan atau mengundang kecederaan kepada kucing dalam sangkar, tindakan yang dilakukan telah mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia.

Menerusi perkongsian, difahamkan tindakan yang dilakukan secara tidak langsung bakal membuat kucing dalam sangkar berasa takut sehingga mengakibatkan tekanan dan trauma.

Difahamkan terdapat Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan Lembaga Kebajikan Haiwan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang melindungi haiwan domestik seperti kucing didedahkan dengan bahaya bagi mengelak daripada bahaya dan ketakutan melampau.

https://www.instagram.com/p/Cr-NFkiPOWd/

Setakat artikel ditulis, Aaron Aziz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang berlaku. Diharap insiden yang berlaku dapat memberi pengajaran serta informasi baharu kepada orang ramai agar tidak mengulangi perkara yang sama.