Siapa di sini masih bergelar pelajar, cuba angkat tangan sikit! Walaupun sudah habis belajar di sekolah, kolej atau universiti sekali pun, anda sebenarnya masih lagi dalam proses pembelajaran. Bak kata pepatah, kalau nak menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.

Anda pernah dengar tentang e-learning? Ia adalah sistem pembelajaran atas talian dengan bantuan sumber elektronik seperti smartphone, tablet, komputer dan sebagainya. Dengan kemajuan pesat dalam teknologi, ramai yang menyokong penggunaan aplikasi e-pembelajaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MPH perkenalkan LearninPal, aplikasi e-pembelajaran interaktif sosial terbaru 2020

MPH1

Kalau nak tahu, MPH telah melancarkan aplikasi e-pembelajaran interaktif sosial terbaru yang dikenali sebagai LearninPal.

Platform ni menawarkan pelbagai penyelesaian pembelajaran dari kandungan video atas permintaan hinggalah e-book dan bilik darjah langsung. Paling unik, LearninPal merupakan aplikasi e-pembelajaran pertama dilancarkan di Malaysia!

mph2
Fungsi menarik learninpal

Ini antara fungsi menarik LearninPal yang dapat kami terjah. Kami yakin bila tengok fungsi ni, anda akan berpendapat ianya betul-betul berguna untuk pembelajaran di rumah.

  • palReads: Boleh membaca lebih 500 buku pada bila-bila masa dan di mana saja. Tidak perlu lagi ke hulu ke hilir dengan membawa buku yang berat.
  • myMentor: Belajar dengan pakar pengajar di seluruh negara. Boleh belajar dengan mereka melalui strim langsung atau secara peribadi.
  • palRevise: Uji dan latih kefahaman dengan soalan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang lalu.
  • palReplay: Dapat tonton video dan tutorial yang menarik.
    myCalendar: Semak sesi pembelajaran tanpa ketinggalan kelas pada setiap masa.
  • palReality: Pertingkatkan pendidikan dengan pembelajaran bantuan AR.

giphy

Apa yang kami boleh katakan, LearninPal sangat mudah dan bagus digunakan sepanjang cuti sekolah ni. Lebih-lebih lagi buat para pelajar . Ia membolehkan mereka belajar dengan lebih seronok di rumah. Nak lagi best? Bulan Disember ni LearninPal ada benda menarik untuk anda semua!

Rasai keseronokan belajar di LearninPal eCarnival

moh3

Seiring dengan pelancaran rasmi LearninPal, anda juga boleh menyertai LearninPal eCarnival bermula 19 hingga 21 Disember 2020. Anda berpeluang untuk mengenali lebih 15 mentor utama, pengajar dan wakil dari pusat pembelajaran seperti Engineering For Kids, iTrainKids dan Eduspace Training.

mph4

Siapa yang ada sewaktu LearninPal eCarnival? Chavez Yong, pengajar IT di iTrainkids akan ajar anda cara membina permainan 2D menggunakan perisian pembuatan permainan Konstruk 3.

Selain tu, siri Kelas Bintang SPM, di mana pendidik yang disahkan seperti Gurdev Singh (Sains), Muhammad Danial Ziqri (Matematik), dan Siva Ramana (Ekonomi) juga ada untuk bantu anda yang akan menduduki SPM tahun depan.

LearninPal eCarnival juga ada aktiviti yang menyeronokkan seperti sesi bercerita Krismas, sesi membuat DIY untuk anak-anak, dan webinar keibubapaan.

Pendek kata, LearninPal bukan setakat untuk pelajar tapi untuk semua! Nak diskaun dan kelas percuma? Baik tempah slot anda di LearninPal sekarang.

mph5

Dalam semangat untuk mendorong pembelajaran, penerbit terkemuka bahan pendidikan seperti Ilmu Bakti, Pelangi, Fargoes, dan Karangkraf turut menyediakan kandungannya secara digital melalui LearninPal sepanjang bulan Disember ni. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku rujukan digital yang anda mahukan ya!

Macam mana nak sertai LearninPal eCarnival? Senang sangat! Anda hanya perlu muat turun aplikasi LearninPal di Apple App Store, Google Play atau Huawei App Gallery. Anda juga boleh log masuk ke LearninPal di www.learninpal.com untuk menyertainya.

Pemberian kamus percuma kepada 500 pengguna baru pertama!

kamus

LearninPal nak bagi kamus PERCUMA dengan syarat anda perlu jadi antara 500 pengguna baru pertama yang mendaftar di laman web mereka, www.learninpal.com. Pemberian ini terbuka untuk semua yang berada di Lembah Klang dan akan berakhir pada 31 Disember 2020. Bestnyaaa!

Buat pengguna yang sedia ada, anda boleh juga menuntut kamus PERCUMA ni tau. Hanya perlu like dan share post https://bit.ly/3me4XDu di Facebook Page LearninPal.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini tentang LearninPal eCarnival dan hadiah peraduan di Facebook Page LearninPal dan Instagram @learninpal.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari www.learninpal.com. Sebarang pertanyaan boleh e-mel mereka di [email protected] atau WhatsApp +6017-735 5947.

Semoga anda seronok belajar dengan LearninPal di musim cuti sekolah ini!

MPH baru-baru ini juga hadir dengan koleksi kalendar edisi terhad mereka bersama kartunis Lat. Baca lebih lanjut mengenainya melalui pautan di bawah.

Mengimbau Memori, MPH Hadir Dengan Koleksi Kalendar ‘Playtime With Lat’ Tahun 2021 Edisi Terhad

Sempena Jualan Penghabisan Stok, MPH Tawar Promosi Sehingga 40% Khas Buat Pencinta Buku