Mungkin sebelum ini kita pernah mendengar atau membaca beberapa laporan mengenai ketua pengarah kesihatan kita yang juga boleh dianggap sebagai hero kebangsaan ketika ini iaitu Datuk Dr Noor Hisham.

Walaupun sibuk mengetuai usaha melawan penularan wabak COVID-19 di negara kita, beliau baru-baru ini sempat ditemubual New Straits Times dan menceritakan sedikit sebanyak kisah hidupnya sebelum ini yang mungkin tidak diketahui ramai.

Antara momen paling menarik dan mengujakan dalam temu bual itu sudah pastinya apabila beliau difahamkan mengakui bidang perubatan bukanlah pilihan utamanya ketika membesar suatu ketika dahulu.

Screenshot-2020-05-19-at-8.33.15-AM
Dr Noor Hisham ketika zaman muda (Foto: Hisham Abdullah)

Sebaliknya ketika berusia 14 tahun, Dr Noor Hisham menceritakan bagaimana dia mula memfokuskan kepada bidang pengajian agama dan pernah terfikir untuk menjadi pegawai agama atau pun seorang mufti.

“Saya ingin menjadi seorang pegawai agama atau mufti,” ceritanya dalam temu bual tersebut.

Perjalanannya mempelajari ilmu agama secara formal di Kolej Islam Sultan Alam Shah bagaimanapun berjaya mempengaruhi beliau untuk mula menceburi dalam pengajian perubatan dan menjadi antara individu hebat ketika ini.

“Saya meminati pengajian agama tetapi tetapi pada satu hari ketua jabatan pengajian agama memanggil saya dan meminta saya membaca berkaitan perubatan.

“Katanya sudah ramai yang memepelajari agama tetapi masih belum ramai yang mempelajari bidang perubatan,” kongsi beliau.

Dibesarkan ibu tunggal

Selain kisahnya yang bercita-cita untuk menjadi mufti, Dr Noor Hisham dalam temu bual itu juga bercerita dia bagaimana dia dibesarkan oleh ibu tunggal selepas ibu angkatnya berpisah ketika beliau berusia 11 tahun.

“Kami terpaksa berdiri sendiri (bersama ibu angkat) dan saya belajar untuk berdikari dan bebas sejak daripada kecil,” kongsinya.

Mengulas lanjut mengenai keluarga angkatnya, Dr Noor Hisham berkongsi dia dijaga keluarga Cina Muslim dari Sungai Pelek dan hanya mengetahui dijaga sebagai anak ketika sudah berusia 46 tahun.

Dr Noor Hisham dalam temu bual tersebut bagaimanapun sempat berseloroh dia bukan sahaja dibesar dan menjadi anak angkat keluargannya tetapi turut mempunyai keluarga angkat di seluruh Malaysia.

Ini sudah semestinya kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang doktor perubatan sebelum ini dan tugasnya ketika ini yang menjaga dan mengetuai usaha negara kita dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita.

“Saya mempunyai banyak keluarga ‘angkat’, Melayu, Cina India- mereka semua mengasihi saya. Saya bebas bergaul dan mempunyai ramai kawan daripada pelbagai bangsa dan latar belakang.

“Saya menyukai golongan yang lebih berusia dan mendapat tahu saya sebenarnya banyak mempelajari sesuatu daripada mereka,” kongsinya.

Anda boleh membaca temu bual penuh Datuk Dr Noor Hisham bersama Elena Koshy daripada The New Straits Times di sini.

Bukan sahaja berkongsi mengenai kisah hidupnya sebelum ini malah beliau turut menceritakan pengalamannya melawan COVID-19 ketika ini.

Artis tempatan Shuib sebelum ini pernah menawarkan pakej percutian kepada hero negara kita ini. Baca pautan di bawah untuk mengetahui apa reaksi beliau selepas menerima tawaran tersebut. 

Sebagai Tanda Terima Kasih, Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

Dr Noor Hisham Kongsi Laporan Media Berbahasa Cina, Malaysia Di Tangga Kedua Terbaik ‘Anti-Pandemik’

Artis Tempatan Ini ‘Lukis’ Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan Lebih 4,000 Skru