Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan oleh Shahaneem Zainal, seorang pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD tahun ke 2 dalam bidang Geografi di Paris. Ikuti pengalaman menarik beliau di bawah.

paris-2
At Cité internationale universitaire de Paris.

 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sebentar tadi. Saya seorang pelajar di Paris dan di sini saya tinggal di salah satu “maison” (rumah) di kompleks kediaman pelajar terbesar di Paris iaitu “Cité Internationale Universitaire de Paris”.

Setiap tingkat di “maison” yang saya diami dijaga oleh seorang “cleaning lady” yang bertugas mengemaskan setiap bilik (sekali seminggu) dan mengosongkan tong sampah (kecuali sabtu dan ahad).

paris-3

Namun pagi ini, “cleaning lady” yang biasa bertugas bercuti. Penggantinya, seorang “cleaning lady” yang berhijab.

Kebetulan saya telah bersiap untuk keluar dan apabila saya membuka pintu untuk beliau, selain daripada sapaan normal “bonjour”, beliau juga memberikan salam (kerana melihat saya berhijab).

Gembira mengetahui bahawa saya seorang Muslim, beliau memperkenalkan diri dan memberitahu bahawa beliau seorang Muslim yang berasal dari Morocco.

paris-4

Beliau bertanyakan asal saya dan apabila saya memberitahu bahawa saya berasal dari Malaysia, beliau amat teruja dan terus memuji-muji Malaysia. Kata beliau, kakaknya yang berpeluang mengerjakan haji berjumpa dengan ramai jemaah haji dari negara kita.

Kata beliau, rakyat kita sangat bagus, baik, lemah-lembut dan sangat tertib. Bayangkan dia menggunakan ayat “C’est magnifique” (It’s magnificent) untuk memberi kesimpulan tentang kita rakyat Malaysia.

Ini mengingatkan saya tentang satu post yang saya baca di Facebook berkaitan apa yang kita nak jawab bila orang bertanyakan apa yang “best” tentang Malaysia.

paris-5

Jawapannya, sikap kita. Bila kita beradab, benda tersebut yang menjadi kenangan untuk setiap orang yang mengenali kita. Biar apa pun definisi yang rakan-rakan gunakan, “traveller” atau “tourist” apabila berada di negara luar, kita adalah duta kecil Malaysia untuk mempromosikan keunikan rakyat Malaysia dan negara kita.

Biarpun kebaikan kecil yang kita pamerkan atau buat, itulah yang akan orang ingat. Dan sepanjang setahun saya berada di Paris ini bukan sekali saya mendengar pujian sebegini!

paris-6

paris-6

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-58!

Nota: Saya kongsikan beberapa gambar sekitar kompeks kediaman ini dan sedikit “view” perubahan musim dari tingkap kamar kecil saya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram