Walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dari luar negara, namun ia tidak menghalang pemuda ini untuk memilih kerjaya yang berbeza daripada apa yang dipelajari sebelum ini.

Kisahnya yang ‘yang belajar tinggi-tinggi sampai ke oversea tapi pulang ke kampung jual akok’ mula mencuri perhatian netizen baru-baru ini selepas perkongsiannya mengenai perkara itu mulai tular di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akok adalah kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan sering menjadi pilihan pemanis mulut warga Pantai Timur terutamanya di bulan Ramadan.

“Belajar tinggi-tinggi sampai oversea  tapi pulang ke kampung jual akok.

“Ramai yg tertanya-tanya apakah sebab pemuda berusia 25 tahun ini (merujuk kepada dirinya) memilih untuk menjual akok berbanding melanjutkan karier dalam bidang kejuruteraan,” soalnya dalam perkongsian tersebut.

Bantu masyarakat setempat

Menurut pemuda tersebut Shamil Sukri, perniagaan yang diusahakannya itu secara tidak langsung dapat membantu masyarakat setempat menjana pendapatan dengan bekerja dengannya terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berlangsung sehingga hari ini.

Bukan saja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, namun jelasnya perniagaan akok yang diusahakannya itu dapat merancakkan lagi ekonomi membeli daripada pembekal-pembekal tempatan telur santan, dan gandum sekaligus turut membantu golongan ini dalam perniagaan mereka.

“Tambahan pula, pemuda ini ingin mengubah perspektif negatif masyarakat terhadap konsep kedai kueh tradisional yg digambarkan dgn kedai yg usang, buruk, dan rekabentuk yg lama kpd perspektif yg lebih positif.

“Oleh itu, pemuda jurusan rekabentuk kejuruteraan ini membuat kaji selidik mengenai rekabentuk yg lebih moden dan kemas dgn membuat rujukan rekabentuk kedai-kedai di negara yg lebih maju,” tambahnya.

Menurut beliau, konsep yang digunakan di Kedai Akok Pok Long itu menggabungkan elemen kayu pine dan juga besi serta menggunakan papan tanda dengan rekaan terkini bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Tambah beliau lagi, perniagaan akok yang diusahakannya itu juga bukan sahaja dapat membantu masyarakat setempat namun pada masa sama turut meningkatkan lagi martabat kuih tradisional ke peringkat yang lebih tinggi.

Kisah beliau sebelum ini turut mendapat perhatian Menteri Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang berkungjung ke kedai akok milik pemuda itu yang terletak di Kelantan dan berkongsikan kisah pemuda tersebut bersama pengikutnya di media sosial.

Jika anda merupakan seorang usahawan ataupun baru sahaja berjinak-jinak dengan bidang perniagaan, baca perkongsian berguna daripada pemilik perusahaan Ayam Bismi ini buat para usahawan di luar sana di pautan di bawah. 

Beli RM380,000 Jual Balik Hanya RM85,000, Usahawan Kongsi ‘Pengajaran’ Miliki Kereta Mewah

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

‘Food Court’ Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang Lain

Sumber