Hampir setiap kali sesebuah syarikat mengumumkan logo baharu, orang ramai pastinya mengharapkan rekaan yang tampak lebih moden serta berbeza dengan logo sebelumnya.

Walau bagaimanapun, logo yang baru sahaja diperkenalkan Xiaomi pada minggu ini nyata membuatkan orang ramai yang menantinya kecewa sekaligus membuatkan Xiaomi menjadi bahan ketawa.

ezgif-1-a8d72f002f95
Logo terbaru Xiaomi

Semuanya bermula gara-gara logo yang diperkenalkan dilihat hampir sama sahaja dengan logo sebelumnya kecuali pada bahagian bucu logo yang tampil dengan rekaan yang lebih bulat.

Lebih membuatkan para netizen terkejut, Xiaomi memaklumkan mereka telah mendapatkan sentuhan daripada pakar iaitu Kenya Hara di mana individu ini telah mengambil masa selama empat tahun untuk menjayakan logo ini. Bukan itu sahaja, Xiaomi dilaporkan telah membelanjakan sebanyak $300,000 (∼RM1.24 juta) dalam mendapatkan khidmat Kenya Hara.

kenya-hara-dezeen-awards-2019-judge-sq
Kenya HARA, pereka logo Xiaomi

Difahamkan logo yang dinamakan sebagai Alive ini dihasilkan menggunakan konsep matematik dan superelipse sekaligus membuatkan logo ini unik. Bukan sekadar logo biasa, Xiaomi turut mengesahkan kehadiran logo ini turut memberi semangat buat mereka untuk terus kompetitif dalam pasaran serta menghasilkan teknologi yang inovatif.

Pengenalan logo yang dibuat pastinya dilihat membazir malah turut mengundang kepada kecaman para netizen terhadap jenama ini. Dakwaan Xiaomi ditipu oleh Kenya Hara selepas membelanjakan wang besar dalam menghasilkan logo yang boleh dihasilkan dalam tempoh sepantas lima minit antara dikomen oleh para netizen.

Walau bagaimanapun, Xiaomi melihat perubahan logo yang dibuat sebagai salah satu bentuk pemasaran sekaligus mengesahkan jenama ini sebagai jenama yang mementingkan kesempurnaan.

Apa pula komen anda mengenai logo terbaru daripada Xiaomi ini? Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep yang digunakan dalam menghasilkan logo terbaru Xiaomi daripada pencipta Kenya Hara.

Sebelum ini terdapat laporan Amerika Syarikat mahu blacklist Xiaomi gara-gara menerima CEO syarikat Xiaomi menerima anugerah.

Gara-Gara Terima Anugerah, Amerika Syarikat Pilih Untuk ‘Blacklist’ Syarikat Xiaomi

Tidak Berniat Tiru Apple, Xiaomi Rancang Buang Pengecas Sejak Dari 2015 Lagi