Jika anda sedang mencari selipar atau sandal yang berkualiti untuk kegunaan hari raya atau aktivi outdoor, Teva adalah jawapannya. Sebut sahaja nama Teva, sudah lekat di minda betapa lasak dan selesanya sandal ini untuk kegunaan seharian.

Sejarah Teva bermula apabila pengasasnya mahukan sandal berkualiti untuk kegunaan aktiviti lasak. Beliau tidak selesa memakai selipar ketika aktiviti air kerana ianya mudah hanyut dibawa air. Daripada peristiwa inilah maka terhasillah sandal dengan strap ikonik Teva.

2019 merupakan ulang tahun ke-100 Grand Canyon National Park dan Teva tidak mahu terlepas peluang untuk meraikan tempat kelahiran jenama hebat ini. Teva Malaysia mahu terbangkan anda ke Grand Canyon secara percuma dan apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan membeli selipar atau sandal Teva sebelum 16 Jun 2019.

Bagaimana untuk anda menyertai peraduan ini? Anda hanya perlu membuat pembelian RM250 dalam satu resit di butik Teva (Mid-Valley, One Utama atau Sunway Velocity Mall) dan diberi satu tiket untuk menyertai lucky draw. Pemenang akan diumumkan secara rasmi selepas 8 Julai 2019.

Perjalanan dan penginapan anda akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Prestige Sports Sdn Bhd yang membawa masuk jenama Teva untuk pasaran Malaysia. Pemenang utama lucky draw ini bakal dibawa menyertai trip ke Grand Canyon National Park selama 10 malam dan menyertai aktiviti lasak yang telah disediakan di sana.

Jika anda memang ada pasang impian untuk ke Grand Canyon, jangan lupa untuk ke butik Teva terpilih untuk menyertai peraduan ini. Mana tahu untung anda peminat setia Teva dapat terbang ke sana.

P/S: Selain peraduan Grand Canyon ini, Teva Malaysia turut menjalankan peraduan ‘My Teva Moments’. Kongsikan penyertaan anda dan 4 pemenang akan dipilih untuk memenangi dua pasang sandal daripada siri Teva GC100. Peraduan ini pula akan berakhir pada 30 Jun 2019.