Berita baik untuk rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara, anda kini boleh memasuki Belarus tanpa visa selama 5 hari. Menurut petikan laporan yang dikeluarkan oleh Yahoo News, Belarus mengumumkan telah membatalkan visa untuk lawatan jangka pendek kepada 80 negara termasuk warganegara Malaysia.

Kenyataan ini diumumkan sendiri oleh barisan pemerintahan Alexeder Lukashenko yang membenarkan pelawat-pelawat dari seluruh Eropah dan Amerika Syarikat memasuki Belarus melalui jalan udara dan tinggal selama 5 hari tanpa visa termasuk semua negara EU, Brazil, Malaysia, Jepun dan negara lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peraturan baru ini akan berkuat-kuasa dalam sebulan. Bagaimanapun, untuk warga asing yang ingin masuk ke Belarus perlulah mempunyai pasport yang sah, insuran perubatan yang sah di Belarus dan sejumlah wang tertentu. Buat pengetahuan anda, Belarus atau Belarusia adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Timur dan Minsk merupakan ibu negaranya.

Semak info lanjut di sini.