Bagi yang ingin bercuti santai sambil menikmati angin laut, pakej percutian sambil belayar antara pilihan menarik.

Baru-baru ini Cik Anis Shahira telah berkongsi di akaun Facebook beliau pengalaman menaiki kapal layar StarCruise selama 4 hari 3 malam dari Pulau Pinang – Phuket- Krabi – Pulau Pinang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tarikh pelayaran mereka adalah pada 30 Julai – 2 Ogos 2017, trip bersama keluarga seramai 4 orang.

Lokasi bertolak di Pulau Pinang adalah pada setiap ahad di Swettenham Pier, Penang International Cruise Terminal (PICT. Check in bermula jam 1 petang dan boarding terakhir adalah pada jam 3.30 petang. Sebaiknya datang awal untuk check in supaya tak tertinggal.

Waktu balik pula adalah pada hari rabu, mula mendarat pada jam 12 petang di pelabuhan yang sama.

pakej-libra-starcruise-18

pakej-libra-starcruise-17

pakej-libra-starcruise-20
Bersama maskot kapal

pakej-libra-starcruise-14

Pilihan kabin

Ada banyak jenis pilihan cabins antaranya Inside Stateroom, Oceanview Cabin, Deluxe Oceanview, Suites dll.

Untuk percutian ini Anis telah memilih kabin paling murah iaitu inside stateroom (tiada tingkap) yang boleh memuatkan antara 2 ke 3 orang sebilik.

“Lagipun di kebanyakan masa kami berada di luar kabin menikmati pemandangan dan angin laut ataupun sibuk meneroka setiap kemudahan dan hiburan yang disediakan di dalam kapal.”

Bajet

Harga berubah mengikut pakej dan jenis kabin. Faktor lain yang mempengaruhi adalah destinasi, promosi semasa dan musim. Pelayaran di waktu low season adalah lebih murah berbanding peak season.

“Kalau nak beli tiket, kena survey di page starcruise atau mana-mana page travel agent yang menawarkan pakej cruise. Kami beli tiket masa MATTA fair 2017.”

Pakej yang diperolehi oleh Anis adalah:
Harga : RM1089 per orang (low season)
Termasuk: 3 malam penginapan (inside stateroom)
Makan 4 kali sehari
Caj pelabuhan
Pakej tour di Phuket dan Krabi

Kos berikut tidak termasuk di dalam pakej:
Gratuity fee RM150 / orang. Gratuity fee kena bayar sewaktu di atas kapal, sebelum mendarat.
Makan tengahari di Krabi
Makanan dan minuman yang dijual di atas kapal
Cenderahati dan perbelanjaan di Phuket dan Krabi

Menurut Anis jika nak dapat tiket murah kena rajin buat survey termasuk di Matta Fair.

pakej-libra-starcruise-1

pakej-libra-starcruise-2

pakej-libra-starcruise-3

pakej-libra-starcruise-4

pakej-libra-starcruise-5

Kad akses

Sekeping kad akses akan diberikan kepada setiap penumpang sewaktu check in. Dan di waktu yang sama passport hendaklah diserahkan dan dipegang oleh krew kapal sehingga hari terakhir cruise.

“Kad akses ini sangat penting ye! Kena swap setiap kali naik dan turun dari kapal, dan setiap kali waktu makan. Tujuannya untuk keselamatan dan rekod pengesahan. Kalau takut tercicir access card ni, pakai lah lanyard.”

Aktiviti dan kemudahan

Berbagai kemudahan, aktiviti dan hiburan disediakan di atas kapal. Buletin harian ‘Star Navigator’ menyediakan update terkini setiap hari untuk rujukan para penumpang.

Antara kemudahan yang disediakan adalah restoran, gimnasium dan KTV (di dek 10), kolam renang, jakuzzi dan bar (di dek 9), trek jogging dan padang bola jaring (dek 6),  salondan spa (dek 4), resorts world at the sea dan banyak lagi. Tak perlu risau jika bosan sebab ada banyak yang boleh anda lakukan.

“Kemudahan wifi ada disediakan di atas kapal dengan caj tambahan. Atau boleh roaming bila dah sampai di Thailand nanti. Itu pun line macam ada ta ada saja. Biasa lah atas laut. Huhu.”

Makanan

Makan 4 kali sehari sepanjang di atas kapal – sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Para penumpang boleh pilih nak makan di mana-mana restoran yang menyediakan hidangan berbeza. Antaranya makanan Jepun, China, menu Asia Tenggara dll.

“Restoran halal ada di Spice and Blue Lagoon Restaurant (deck 10). Tapi di kebanyakan masa kami makan buffet di Mariner Buffet (deck 9). Makanan dia memang 5 stars! Sebab tu berat aku pun naik 2 kg. Huhu.”

“Malam terakhir atas Starcruise Libra ada Gala Dinner. Kena buat tempahan lebih awal sewaktu di atas kapal. Tempat duduk dan meja terhad dan berdasarkan first come first served basis.”

Lawatan di Krabi dan Phuket

Bagi  pakej yang tidak termasuk lawatan di Phuket dan Krabi, anda juga boleh buat tempahan tour  yang ditawarkan oleh kapal sewaktu di dalam pelayaran.

“Tapi kalau nak berjalan sendiri pun boleh sebab di pelabuhan anti ada benyak teksi dan tuk tuk yang menunggu. Tapi diingatkan ye, sesiapa yang nak pusing Phuket dan Krabi sampai puas kebih baik ambil flight saja dan menginap di sana. Sebab bila naik Starcruise ni, masa sangat terhad dan agak tergesa-gesa. Kita kena patuhi masa yang diberikan jika taknak tertinggal kapal.”

pakej-libra-starcruise-6

pakej-libra-starcruise-7

pakej-libra-starcruise-8
Pool deck

pakej-libra-starcruise-9

pakej-libra-starcruise-11

Itinerari

Hari 1 (Ahad)
1.00pm check in di Swettenham Pier Penang. Sebaik saja lepas boarding terus ada minum petang di Mariner Buffet.

5.00pm Departure. Di waktu yang sama ada safety drill. Kehadiran wajib ke atas semua penumpang.

6.00pm Persembahan selamat datang dan makan malam BBQ di pool deck.

7.30 pm tengok sunset dekat deck 10.
Setiap malam ada macam-macam hiburan seperti magic show, tayangan filem blockbuster dll.

11.30pm Minum malam

Hari 2 (Isnin)
7.30 am Tengok matahari naik dan sarapan di Mariner Buffet.

Pagi pun ada macam-macam aktiviti dan hiburan. Boleh rujuk buletin Star Navigator.

12.00pm Tiba di Pelabuhan Phuket. Makna tengahari sebelum turun ke darat. Makan tengahari disediakan seawal jam 11 pagi.

Untuk tour di Phuket Anis dan keluarganya pergi ke kilang biji gajus, ladang menternak madu, kuil Chalong, gua Promthep, Pantai Patong dan pusat membeli belah Jungceylon.

Semua penumpang mesti kembali ke kapal sebelum jam 11.59 malam. Kapal bertolak dari Phuket pada jam 1 pagi. Jika naik semula ke kapal awal, boleh makan malam dan minum malam. Jimat duit.

Hari 3 (Selasa)
7.30 am Tengok matahari naik dan sarapan di Mariner Buffet.

Berbeza dengan Phuket, untuk ke Krabi kapal akan berhenti di tengah-tengah laut. Bot ke Krabi bertolak seawal jam 10.30 pagi. Disebabkan kapasiti bot yang terhad, penumpang dikehendaki ambil tendering sticker di kaunter reception (first come first served basis).

Untuk tour di Krabi Anis ke pantai Ao Nang, membeli belah dan makan tengahari, melawat Tiger Cave temple dan mud crab scupture! Aktiviti lain termasuk snorkeling tak sempat dilakukan.

Masa free and easy di Krabi sangat terhad sebab bot pengangkut terakhir akan bertolak balik ke kapal pada jam 5.30pm (waktu kapal). Perjalanan dari dan ke kapal dengan bot ambil masa 30 minit setiap trip.

6.30 pm Gala dinner. Kod pakaian : kasual dan kemas.
Malam tu boleh lah berjimba-jimba sempena malam terakhir. Ada farewell party cocktail, persembahan hiburan dan hidangan lewat malam di pool deck.

Hari 4 (Rabu)
7.30 am Tengok matahari naik dan sarapan di Mariner Buffet.

Sebelum kapal berlabuh dan semua penumpang turun, ada check out procedure dan bayaran ke atas bill yang mana tertunggak. Dah selesai bayar bill, boleh ambil passport.

12.00 pm Tiba di Pulau Pinang dan check out. Bye-bye.

Nota penting

1. Itinerari ini adalah untuk pelayaran 4H3M Pulau Pinang – Phuket – Krabi- Pulau Pinang sahaja. Pakej lain mungkin caj dan itinerarinya berbeza.

2. Bagi yang meragui status ‘kebersihan’ restoran di atas kapal, anda boleh ambil pakej pelayaran Islamik. Kebetulan semasa Anis belayar di atas kapal ini ada program pelayaran islamik bersama Hafiz Hamidun. Jadi ada ramai muka-muka Muslim dan tidak diragui ‘kebersihan’ nya.

3. Akhir Julai adalah low season. Cuaca di Laut Andaman tak begitu baik. Kapal sedikit bergoyang. Begitu juga cuaca di Phuket dan Krabi. Angin kuat dan hujan. Ada bendera merah tanda amaran di pantai.

4. Waktu kapal belayar ikut waktu Malaysia. Sila ambil perhatian jangan ikut waktu di smart phone yang di set ikut zon waktu. Waktu Thailand lewat sejam berbanding waktu Malaysia.

5. Akhir sekali, kalau nak beli tiket boleh survey di Facebook page Starcruise atau mana-mana page travel agent yang tawarkan pakej cruise. Bandingkan mana-mana yang patut. Ada yang masukkan caj pelabuhan dan pakej tour di Phuket dan Krabi, ada pakej tang tak masukkan tour. Pilih dengan bijak.

pakej-libra-starcruise-12

pakej-libra-starcruise-13

pakej-libra-starcruise-15

Jika anda mahu berehat sambil luangkan masa bersama keluarga terutama pada cuti sekolah nanti, ini antara pilihan percutian menarik yang boleh dipertimbngkan.