Kecoh sejak semalam dalam industri bundle tempatan apabila seorang lelaki yang juga menjual barangan pakaian bundle luah kekecewaan setelah baju yang dibeli daripada rakan beliau diterima dalam keadaan keadaan yang ‘berbeza’.

Menurut perkongsian Twitter mangsa @AidilLatifff, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak kurier J&T Setapak yang sepatutnya bertanggungjawab dengan tidak mengambil barangan pelanggan.

Lebih mengejutkan, beliau yang sepatutnya menerima pakaian yang dibeli bernilai RM1,500 oleh rakan beliau telah menerima parcel double tracking berisi jagung buruk bertarikh 22 Julai 2021 lalu.

Isu yang berlaku turut mendesak beliau memuat naik sebuah video dalam menjelaskan isu yang berlaku melibatkan kurier J&T cawangan Setapak. Beliau juga turut membuat laporan polis terhadap isu yang berlaku. Beliau juga turut memaklumkan menerima barangan dengan alamat yang berbeza daripada alamat sebenar beliau.

Mangsa Aidil Latif dalam video beliau sebaliknya tidak menyalahkan pihak penjual kerana cukup kenal dan yakin dengan kejujuran pihak penjual. Malah, beliau yang kerap berurusan dengan pihak penjual berkenaan turut memaklumkan penjual tersebut turut menunjukkan gambar dan video barangan sebelum membuat penghantaran.

Netizen lain turut meluahkan isu melibatkan kurier J&T

Difahamkan isu ini tidak hanya berlaku secara kebetulan atau kecuaian, terdapat para netizen yang mengadu turut mengalami situasi yang sama menerusi cawangan J&T Setapak.

Terdapat juga netizen yang memesan muruku dan menerimanya dalam keadaan muruku berbaki separuh balang manakala penutupnya pula sekadar digantikan oleh bubble wrap.

Menurut perkongsian terbaru daripada Aidil Latif, video luahan kekecewaan beliau terhadap kurier J&T cawangan Setapak telah diturunkan berikutan merupakan jumlah report yang tinggi di Instagram.

photo6073431348703505763

Sumber: Instagram Sellsomeheat_

Kemas kini 4 Ogos 2021: Menerusi perkongsian terbaru daripada Aidil Latif sebentar tadi, beliau memaklumkan pihak J&T telah mengambil maklum mengenai isu yang berlaku dan berjaya menemui parcel baju beliau.

Aidil Latif turut berterima kasih kepada pihak J&T yang mengambil berat terhadap isu yang berlaku dan difahamkan beliau telah mendapatkan parcel sebenar beliau.

Sebelum ini, kurier J&T Express pernah menjadi bualan hangat netizen berikutan isu parcel singgah di beberapa negeri berbeza sebelum diterima penerima.

Netizen Laporkan J&T Express Henti Penghantaran ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri?

Remaja Dikompaun RM5,000 Selepas Potong Gelang ‘Pink’ Sebab Nak Bersiar-Siar

Menangi Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dihadiahkan Tiket Kapal Terbang Dan Petrol Percuma Seumur Hidup

 

Anda Mungkin Suka