article-2010606-0CD31B6400000578-334_468x286

Dulu begitu sukar untuk mendapatkan emas. Orang pergi ke lombong dan mendulang bijih-bijih emas dengan harapan menjadi kaya! Apabila emas ditemui, ia dileburkan pula pada suhu tertentu sebelum emas dibentuk dalam bentuk syiling, barang kemas, barang perhiasan dan lain-lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DSC04076

Kini, begitu mudah mendapatkan emas. Semudah membeli air tin di vending machine. Dengan hanya memasukkan wang tunai atau kad kredit, kita sudah boleh pilih sama ada mahu emas bar, jongkong emas atau syiling emas untuk dimiliki.

Semua itu adalah realiti!

gold_to_go_atm_machine.top

Pertama kali konsep ini diperkenalkan ialah di lobi Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi pada tahun 2010. Ia adalah sebuah mesin ATM emas 24-karat! Harga emas dikemaskini mengikut harga pasaran semasa setiap 10 minit. Berat emas yang dijual pula dari 1 gram hingga 250 gram.

Berlin+First+Gold+Go+Vending+Machine+-2_63fI0cSQl

Kini, mesin yang dikenali sebagai “Gold to Go” telah ditempatkan di Las Vegas, New York dan beberapa bandar di Eropah. Ia dikatakan mendapat sambutan orang ramai tetapi mungkin tidak menarik bagi pelabur emas.

Petikan dari Daily Mail, Tony Dobra, director of trading di London menyatakan: “Ia seperti gimik. Kami jual saiz gold bar yang sama tetapi dengan harga yang lebih rendah.”

LIKE The Vocket di Facebook