Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam satu ‘live’ Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan Pak Din kelmarin, Zizan Razak mendedahkan penyesalan terbesarnya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari F430 dan bukannya rumah ketika usia muda.

Menurut Zizan, memiliki aset hartanah adalah perkara yang perlu diutamakan daripada membeli kereta mewah. Malah, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti.

Tambahnya, ada sesetengah orang datang minta pendapat daripadanya mengenai pembelian kereta GT-R atau pun Mustang, manakah satu yang lebih baik. Lalu, Zizan mengatakan lebih baik memiliki rumah dahulu tetapi jika mampu kelak boleh membeli kereta idaman.

Akan tetapi, Zizan mengatakan bahawa membeli rumah lebih baik untuk masa depan. Terdahulu, Zizan dilaporkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta.

Jika anda mahu membeli rumah, ini jenis-jenis hartanah yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

3 Jenis Hartanah Di Malaysia Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli Rumah

Ini Perkara Yang Geng Hartanah Tidak Beritahu Ketika Beli Rumah Pada Usia Muda

Anda Mungkin Suka