Siapa sahaja pasti akan gembira sekiranya dipilih sebagai pemenang dalam apa pun acara cabutan bertuah. Sebelum berakhirnya tahun 2021, LBS Bina Group Berhad (LBS) mahu meraikan pembeli hartanah LBS untuk pusingan kedua LBS Fabulous 20-21.

“Membeli rumah merupakan satu pencapaian yang terbesar bagi setiap individu apatah lagi dalam tempoh penularan pandemik ini. Oleh itu, kami ingin melakukan lebih daripada sekadar menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu milik serta menambah nilai dengan cara yang akan dikenang oleh pembeli rumah LBS untuk tahun-tahun akan datang,” jelas Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif LBS.

Antara pemenang cabutan bertuah pusingan pertama LBS Fabulous 20-21 yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM 445,000

Cabutan bertuah pertama LBS Fabulous 20-21 telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook LBS pada 11 September 2021 lalu. Seramai 4,386 pembeli rumah layak untuk cabutan bertuah pertama yang merangkumi sejumlah 497 hadiah. Pembeli rumah LBS terpilih ini terdiri daripada mereka yang membuat pembelian dari 1 Januari 2020 hingga 30 Jun 2021.

Para pemenang membawa pulang hadiah hebat antaranya Proton Persona, Proton Iriz, Motor SM Sport 110, basikal, mini iPad, komputer riba Dell, mesin basuh, peti sejuk, mini Hi-Fi dan lain-lain lagi.

Pemenang utama untuk cabutan bertuah pusingan pertama LBS Fabulous Draw 20-21 ialah milik Amirul Hakmal Bin Jalil di mana beliau membawa pulang sebuah Proton X50 1.5T (executive)!

Siapa yang layak sertai cabutan bertuah pusingan kedua LBS Fabulous 20-21?

Semua pembeli rumah LBS yang membeli hartanah dari senarai kediaman hartanah LBS terpilih bermula Januari 2020 hingga 31 Disember 2021 secara automatik layak untuk ke pusingan kedua cabutan bertuah tersebut. Cabutan bertuah hadiah menarik dianggarkan lebih daripada RM1,000,000 menanti para pembeli.

Jadi, mereka yang tidak terpilih di cabutan bertuah di pusingan pertama tidak perlu bersedih kerana anda masih berpeluang untuk memenangi hadiah semasa cabtuan bertuah kedua nanti!

Hadiah utama untuk pusingan kedua masih belum diumumkan lagi dan anda perlu sentiasa ke laman Facebook rasmi LBS Bina Group untuk makluman lanjut. Pasti para pembeli tak sabar hendak tahu hadiah apa yang bakal mereka menangi nanti bukan?

Khas untuk mereka yang sudah lengkap vaksin, Vacci-Nation Bonanza juga masih berlangsung!

Bertuah buat para pembeli yang sudah divaksin kerana Vacci-Nation Bonanza masih lagi berlangsung sehingga 31 Disember 2021 ini di mana anda akan menerima lebih faedah apabila membuat pembelian hartanah LBS!

Para pembeli kediaman LBS yang mengambil bahagian berpeluang untuk menikmati insentif tunai sebanyak RM670,000. Kempen ini adalah salah satu usaha LBS Bina Group untuk menyokong mempertingkatkan kadar vaksinasi negara di samping membantu kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok.

LBS juga akan memberikan insentif tunai tambahan sehingga RM335,000 bagi pembeli rumah yang telah mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 atau bagi mereka yang telahpun divaksinasi dan tidak lupa juga cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21 bernilai lebih dari RM1,000,0000 menanti pembeli!

LBS menawarkan 8 tawaran hebat di bawah Vacci-Nation Bonanza, termasuk:

1. Cabutan bertuah LBS Fabulous 20-21
2. Hadiah Menarik Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
3. Yuran Guaman Percuma
4. Yuran Tempahan Rendah
5. Ganjaran Kesetiaan
6. Skim Bayaran Fleksibel
7. Bayaran Keluar Sifar
8. Pakej Perabot Rumah

Sebelum itu, mari kita lihat beberapa projek perumahan yang dibangunkan oleh LBS Bina Group yang anda boleh miliki ketika ini.

1. Prestige Residence (Seri Kembangan)

Perumahan terbaru daripada LBS Bina yang menjanjikan kehidupan serba lengkap dengan 40 kemudahan seperti kolam renang, gym dan banyak lagi!

2. SkyLake Residence (Puchong)

Jika anda mencari rumah di bandar dan berdekatan dengan pelbagai fasiliti, LBS SkyLake adalah jawapannya.

3. KITA Mekar (Cybersouth, Dengkil)

Realisasikan rumah impian anda dengan KITA Mekar. Terletak di dalam kawasan kejiranan yang dikelilingi kehijauan, nikmati gaya hidup yang tenang dengan lokasi yang berdekatan bandar raya di Cybersouth.

4. LBS Alam Perdana (Puncak Alam)

Dengan penekanan konsep dalaman terbuka, Ritma Perdana dikelilingi dengan suasana kehijauan serta persekitaran yang selamat untuk seisi keluarga. Ia juga menawarkan pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan yang dapat meningkatkan kualiti hidup.

Masih berbaki beberapa minggu lagi sebelum 2021 melabuhkan tirai. Jadi, apa tunggu lagi? Anda boleh terus layari laman rasmi LBS Bina Group untuk maklumat terkini daripada LBS.

Anda juga boleh ke laman rasmi LBS Bina Group di sini atau terus hubungi 1700 81 8998 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen LBS Fabulous 20-21 dan Vacci-Nation Bonanza.

Ini beberapa artikel yang sedang hangat di The Vocket. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bonggol Institut Memandu Terlalu Tinggi, Jurulatih Luah Kerisauan Terhadap Keselamatan Pelajar

Teruja Jumpa Myvi Di Luar Negara, Reaksi Pelajar Malaysia Ini Curi Perhatian Netizen

‘Hebat Betul Marketing’- Mesej Pada ‘Banner’ Kedai Ikan Di Pulau Pinang Ini Bikin Netizen Terhibur