CCRIS huduh tahap dewa 19.

“Bella, saya nak beli rumah, tapi CCRIS saya huduh. Kad kredit pakai over limit, personal loan ada 3, ASB loan bayaran tertunggak sebulan, kereta pun ada tunggakan. Boleh Bella bantu saya selesaikan masalah saya??”

Sorry Bro, Bella tak boleh tolong selesaikan masalah Bro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Penulis, Bella Leana
Penulis, Bella Leana

Bila probe further, Bro ni gaji lebih banyak daripada gaji Bella. Tetapi pengurusan kewangan dia hancur. Lama Bella ‘berborak’ dengan dia. Sepatutnya selepas bayar loan dia ada baki lagi RM2000. Secara logik, dia dah mewah dah tu dan boleh simpan banyak.

Hurm.. Mungkin ada antara korang yang ada masalah macam ini. Mungkin korang kena muhasabah diri sekejap.

Normal, kan? Kita manusia biasa. Banyak buat silap.

Cuba korang periksa balik:

1. Ada tak bagi emak abah duit?

Sir Nordin
Sir Nordin

“Emak abah pun kerja, gaji lagi best, kene bagi juga ke?”

Bro, parents kerja dengan gaji yang lagi best tak ada kena mengena dengan tanggung jawab.

Kalau tak mampu nak bagi banyak, bagi sikit walaupun RM10. Lebih berkat. The power of giving.

2. Be gentleman. Dah berhutang kena bayar.

Kosmo
Kosmo

Beli 1 buku khas untuk cashflow masuk dan keluar.

Leceh? Awal-awal memang leceh bro. Dah biasa nanti bro tahu ke mana pergi duit bro. Mungkin masih ada yang tersorok tetapi bro tak perasan.

Sebelum tiba hari gaji, senaraikan apa yang perlu dibayar. Ala-ala buat budget. Sekurang-kurangnya kita rancang apa yang kita nak buat dengan duit gaji.

3. Beli tabung ayam

Kraftangan Melaka
Kraftangan Melaka

Dengar macam kelakar, kan?

Tetapi, bagi orang yang masih lagi tak boleh menyimpan, ini sangat membantu. Dengan syarat korang menabung.

Dah ada tabung ayam tu, korang masukkanlah RM1 yang lebih-lebih tu.

Kena beli eh Bella?

Hurmmmm…

4. Simpanan kecemasan

Penyu XP
Penyu XP

Ini lain dengan tabung ayam tau. Ini simpanan untuk kecemasan. Kot-kot hujung bulan nanti kesihatan tak menentu ke, kereta rosak ke, emak ayah nak guna duit ke. Jadi, simpanan emergency ini perlu ada.

Kalau dah bertemu gaji, duit emergency ni tak guna, tukarkan dia kepada simpanan regular kita.

Banyaknya yang kena asingkan Bella? Seram pulakkkk…

5. Ukur baju di badan sendiri

NY Times
NY Times

Ini bukan suruh korang masuk shopping mall beli baju. Ini suruh korang hidup lebih rendah daripada income korang. Supaya korang boleh hidup ‘kaya’ dan ‘mewah’ yang sepatutnya.

Tapi tapi tapi Bella, ini tak selesaikan masalah saya?

Bro, bro kena hadap juga hutang-hutang bro. Kene bayar juga pada bank. Bro periksa balik apa yang bro buat dengan duit gaji bro. Sepatutnya loan ASB tak perlu risau. Dividen kan ada.

Pergi bercutilah Bella, stress kerja.

Hurm.. Ok, Bella speechless..

Conversation lagi panjang sebenarnya. Bella tahu ke mana pergi duit bro ni setelah disiasat. Tapi bro ni ada ego dia sendiri. Dia sedar, tapi dia pilih untuk menjadi kurang bijak.

Well, Bella doakan bro ni bertabah dan lebih tegas dengan duit-duit yang mengalir keluar dari wallet dia untuk perkara-perkara yang tak perlu.

Bella tunggu lagi bro ni contact Bella sebulan akan datang. Sebab dia cakap dia nak cuba apa yang Bella suggest kat dia untuk tengok ke mana perginya duit dia.

Kalau ada antara kalian yang nak tumpang bagi bro ni cadangan, meh drop kat komen.

Ok, sekian cerita Bella.

Love,
Bella Leana

BACA: Kaedah ‘Snowball’ Selesaikan Hutang Yang Menimbun Tanpa Stress