Tiada apa-apa tindakan lagi yang dibuat oleh pihak berkuasa ke atas dakwaan majlis pernikahan Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh MStar, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya telah menerima kembali kertas siasatan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia menambah bahawa kertas siasatan terbabit dikembalikan bersama-sama dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil dan pihak polis akan menyerahkan kembali kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya minggu depan.

Terdahulu, melalui laporan The Vocket, polis telah mencadangkan agar kompoun dikeluarkan kepada kedua pasangan itu setelah majlis perkahwinan gagal mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mereka berdua yang diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur telah disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Disiasat kerana tidak patuhi SOP, polis cadang Neelofa dan PU Riz dikenakan kompaun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Disiasat Kerana Tidak Patuhi SOP, Polis Cadang Neelofa Dan PU Riz Dikenakan Kompaun

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Akui Tidak Beri Contoh Yang Baik, Neelofa Tampil Dengan Permohonan Maaf Secara Terbuka