Sedia maklum bahawa Taman Tasik Titiwangsa bakal dibuka tidak lama lagi setelah ditutup disebabkan proses penambaikan. Pasti ramai yang teruja, lagi-lagi terdapat beberapa tempat ‘Instagrammable’ di sana.

Akan tetapi, satu perkhabaran kurang enak telah diumumkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Menurut pihaknya, terdapat segelintir pihak yang telah menceroboh kawasan taman tasik Titiwangsa dan memijak pokok-pokok renek yang ditanam di sekitarnya.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Tuan-tuan dan Puan-puan,Kami faham betapa kalian semua tidak sabar2 hendak menggunakan taman ini… Kami pun sama!…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Thursday, 21 November 2019

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak ini pastinya akan menyebabkan proses penambaikan menjadi lebih lama. Diharap anda dapat bersabar kerana taman rekreasi ini dijangka akan dibuka pada Januari 2020.

Untuk pengetahuan anda, jika anda masih berdegil dan menceroboh kawasan tersebut, anda boleh dikenakan denda iaitu denda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun.

Sama-samalah kita bersabar menantikan pembukaan taman tasik Titiwangsa ini dan semoga kita akan menjaga kebersihan serta keindahan taman ini apabila dibuka kelak.

Sebelum ini tular gambar keindahan taman Tasik Titiwangsa. Klik pautan di bawah untuk lihatnya.

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula

Taman Tema Air Tropika Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di Dengkil

‘Dive With Shark’ Antara Tarikan Menarik Di Aquaria KLCC Anda Patut Cuba

Anda Mungkin Suka