Sebelum ini, tular rakaman video yang memaparkan Ifa Raziah yang sedang mengupas isu menutup aurat dan makanan halal. Walaupun belum menutup aurat dengan sempurna tetapi dia menyatakan bahawa sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Mekah.

Tambahnya, menutup aurat bukan bermakna sudah patuh dengan suruhan Allah SWT. Malah, Ifa juga menegaskan bahawa restoran makanan Cina yang dikunjunginya di Butterworth, Pulau Pinang itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@nazrul_al_bangsari/video/7099880449496976667?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ifa Raziah menerusi video yang tular itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Susulan isu tersebut, ustazah Asmak Husin di Facebook miliknya memberi teguran buat Ifa Raziah.

“Menjadi tetamu Mekah untuk mendapatkan Haji/Umrah mabru bukan untuk dibanggakan. Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat.” kata ustazah Asmak

Menurut ustazah Asmak, bertudung itu wajib bagi setiap wanita dan hukumnya berdosa jika meninggalkan suruhan Allah. Malah, ustazah Asmak turut menyentuh tentang istidraj yang bermaksud kurniaan Allah berikan tanpa putus kepada seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba Allah yang taat.

Bukan itu sahaja, Ustazah Asmak juga mengatakan setiap individu haruslah berusaha mengikuti segala suruhan Allah kerana kita semua akan ke liang lahad.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Shooting Ni Kan?’ – Aeril Zafrel Dikritik Selepas ‘Tegur’ Gambar Ustaz Kazim Ikhtiar Cari Rawatan

Lebih Setahun Lif Rosak, Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Terhadap Golongan OKU Buat Netizen Berang

Destinasi ‘Syurga Makanan’ Pelancong, Ini Lokasi Tempat Makan Menarik Di Pulau Pinang Wajib Anda Kunjungi