Kad TNG NFC edisi terhad hasil kolaborasi bersama United Voice baru sahaja ditawarkan pada selasa lalu. Dengan harga RM25, para pengguna boleh membeli kad tersebut dengan pelbagai pilihan design unik yang diminati dalam kuantiti yang terhad.

Belum meniti seminggu lagi, seorang pengguna Twitter telah mengesan satu penyenaraian kad TNG NFC edisi terhad ini dengan harga yang tidak masuk akal. Penjual ini sedia menawarkan kad tersebut dengan harga setinggi RM168 buat mereka yang berminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Shopee

Berdasarkan penyenaraian di Shopee, sebanyak 10 unit kad TNG NFC dengan pilihan rekaan Happy Koi Fishes 1 yang ditawarkan. Perkara ini sangat mengejutkan kerana scalper sudah mulai menjual kepada pengguna sedangkan acara jualan rasmi di Nu Sentral sedang berlangsung sehingga 5 Oktober kelak.

Malah di Carousell juga telah dikesan penawaran kad TNG NFC edisi terhad ini pada harga setinggi RM100. Nampaknya semakin banyak penawaran kad menerusi sejumlah laman e-dagang yang bakal muncul dalam beberapa hari ini.

Setakat ini masih belum terjual lagi, namun tidak mustahil sekiranya terdapat pembeli kayangan yang sanggup membayar dengan harga setinggi itu kerana malas mahu beratur panjang di tapak jualan. Bagaimanapun, anda diingatkan untuk tidak membeli dengan scalper kerana dijual dengan harga berlipat kali ganda.