Lima belas kanak-kanak, yang kebanyakannya mengidap wabak COVID-19, baru-baru ini dimasukkan ke hospital di New York City dengan sindrom misteri yang belum difahami sepenuhnya oleh doktor. Penyakit itu juga telah menyerang beberapa negara Eropah, lapor New York Times.

Kanak-kanak berusia antara 2 dan 15 tahun itu dirawat di beberapa hospital New York City.

New York City Health Authority menyatakan, pesakit mengalami gejala seperti keracunan atau sindrom Kawasaki, penyakit yang jarang berlaku pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan radang pada saluran darah, termasuk arteri koronari.

Tidak ada pesakit dengan gejala seperti ini di New York yang meninggal dunia, menurut buletin perkhidmatan kesihatan New York, mereka menggambarkan penyakit ini sebagai ‘sindrom keradangan multisistem berpotensi dikaitkan dengan Covid-19.’

Pesuruhjaya perkhidmatan kesihatan New York, Howard Zucker memberitahu New York Times bahawa pakar masih mengkaji dan memahami tentang penyakit ini.

Sebilangan besar daripada 15 kanak-kanak itu mengalami demam, muntah dan cirit-birit. Sejak dimasukkan ke hospital, lima daripadanya memerlukan ventilator untuk bantuan pernafasan. Sebilangan besar daripada 15 pesakit juga terpaksa menggunakan alat bantu tekanan darah.

Penyakit ini menjadi subjek beberapa minggu kebelakangan ini kerana ia muncul di daerah dengan kes wabak COVID-19 yang tinggi, termasuk di Eropah. Tidak ada laporan sama ada sindrom ini juga wujud pada kanak-kanak di beberapa wilayah AS yang lain atau tidak.

“Terdapat beberapa gambaran yang jarang berlaku pada anak-anak di beberapa negara Eropah yang mempunyai sindrom keradangan ini, mirip dengan sindrom Kawasaki, tetapi ianya sangat jarang berlaku,” kata Maria Van Kerkhove, saintis WHO.

Covid-19 cenderung lebih berbahaya bagi pesakit yang lanjut usia atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Walaupun demikian terdapat beberapa kes di mana kanak-kanak juga diklasifikasikan sebagai merbahaya, bahkan sehingga boleh menyebabkan kematian. Di New York sahaja, COVID-19 telah meragut enam nyawa anak.

Laporan mengenai kanak-kanak yang sakit dengan sindrom yang tidak dapat dijelaskan di New York City telah beredar di sekitar bandar itu selama beberapa hari. Pihak berkuasa kesihatan turut memberi amaran kepada doktor untuk memerhatikan pesakit yang mungkin mengidapnya.

Untuk bacaan lanjut mengenai misteri kehilangan doktor di China, klik pautan di bawah.

Misteri Kehilangan Doktor Dan Wartawan Cetus Tanda Tanya, Adakah China Takut Dengan Kebenaran?

Individu Misteri Pecah Masuk Muzium, Curi Lukisan van Gogh Bernilai RM26 Juta

Penderma Misteri Sumbang Mesin Kesan COVID-19 Bernilai RM148,000