Jika anda ke Melaka, ada satu tarikan baharu untuk anda bergambar sambil menikmati pemandangan laut yang menawan di Pantai Pengkalan Balak, Alor Gajah.

Arca replika penyu ini baharu dibuka minggu lalu bagi tujuan pengunjung bergambar dan menambah keindahan Pantai Pengkalan Balak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun belum sempat seminggu, lain pula yang terjadi. Arca yang sepatutnya menjadi tempat untuk orang bergambar dijadikan tempat piknik oleh mereka yang hadir ke sini.

Arca ini sebenarnya kukuh untuk duduh di atasnya tetapi yang menjadi masalah apabila ada yang menyalahgunakan kemudahan ini. Orang ramai pastinya mahu bergambar di arca baharu ini dan kelakuan untuk jadikan lokasi ini tempat makan atau piknik sebenarnya tidak sepatutnya berlaku.

Berdasarkan komen netizen, setiap pengunjung perlu ada common sense di mana jika berada di tempat tarikan baharu, pastinya ramai yang mahu bergambar. Jadi, jika sudah selesai urusan, beri peluang kepada yang lain pula.

Semoga perkara seperti ini dijadikan iktibar oleh kita semua. Ini pula kes roundabout yang dijadikan tempat bergambar oleh geng basikal. Baca lagi pada pautan di bawah.

Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal

Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya

Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya