Umum tahu, menjadi kebersihan kawasan awam ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Malah, sejak dari kecil lagi kanak-kanak sememangnya diterapkan untuk menjaga kebersihan dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
Dalam pada itu, saranan yang dipupuk sejak kecil ini seolah tidak berlaku buat segelintir pengguna lebuh raya Central Spine Road (CSR).
Menurut perkongsian Twitter Datuk Seri Rahman Mohamad selaku Timbalan Menteri Kerja Raya serta ahli parlimen Lipis, beliau meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pengguna lebuh raya CSR yang membuang sampah di sepanjang laluan ke Pantai Timur ini.
Saya faham ramai pengguna jalan raya nak pulang ke Pantai Timur menggunakan laluan ini. Ada yang nak berehat sebab perjalanan jauh.. Namun inilah pemandangan yang dapat saya lihat tiap tahun. Ini gambar terbaru yang diambil. pic.twitter.com/lJclvsYfaj
— Rahmanmohamad (@DSARMOfficial) April 15, 2023
Lebih menyedihkan, beliau memaklumkan pemandangan ini dapat dilihat setiap tahun sekaligus memberi gambaran sikap segelintir pengguna lebuh raya tersebut.
Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis, SWCorp, Majlis Daerah Lipis, Alam Flora, PUSPEN Benta dan Roadcare Lipis atas usaha untuk membersihkan kawasan lebuh raya tersebut.
JKR Lipis, SWCorp, Majlis Daerah Lipis, Alam Flora, PUSPEN Benta dan Roadcare Lipis- Terima kasih kerana menjalankan kerja-kerja pembersihan. pic.twitter.com/OKCULHaxzf
— Rahmanmohamad (@DSARMOfficial) April 15, 2023
Beliau juga turut berharap situasi yang sama tidak lagi berulang sempena Hari Raya yang bakal tiba.
Perkongsian yang dibuat secara tidak langsung telah mendapat perhatian netizen berang dengan mentaliti segelintir pengguna CSR yang seolah tidak cakna soal kebersihan serta selesa membuang sampah tanpa mengira tempat.
Ini semua mentality. Tahun lepas highway PLUS Utara dengan Selatan pun jammed teruk. Tak timbul isu buang sampah teruk macam ni. https://t.co/raIQ3AZDB1
— Vinsmoke Jr (@FareezAR) April 15, 2023
Ini bukan tentang masalah kenegerian, ini masalah sikap.
Tapi sumpah memang tak faham kenapa wujud manusia yang tak bertamadun macam ni. Dah 2023 dah ni. Masih tak berubah.
Jangan pulak ada bagi alasan takda tong sampah disediakan ya. Simpan dulu dan buang di tempat sepatutnya. https://t.co/qfPabSSrNJ
— Cikgu Anep (@Anepppppppppp) April 16, 2023
Susah sangat ke nak standby satu plastik besar sumbat semua sampah jajan dalam tu sementara tunggu next stop? Paling-paling pun sumbat la tepi tepi compartment pintu tu dulu sampai jumpa tong sampah? https://t.co/TzxpKky5mI
— Tatty H. (@tattyhassan) April 16, 2023
Menurut komen netizen, situasi seperti ini jarang berlaku di lebuh raya PLUS. Terdapat juga netizen yang memaklumkan ketiadaan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) antara yang mendesak pengguna untuk membuang sampah.
Diharap situasi seperti ini tidak lagi berlaku kerana bukan sahaja akan menyukarkan pihak bertanggungjawab untuk membersihnya, namun bakal memberi cerminan yang tidak elok kepada pengguna lebuh raya serta negeri berkenaan.