Sebut mengenai Khairul Aming pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menjadi content creator serta memberi motivasi kepada orang ramai menerusi perkongsian mengenai bisnes beliau antara yang membuatkan beliau menjadi ikutan ramai.

Terkenal dengan produk Sambal Nyet yang sememangnya sinonim dengan penjualannya yang kerap sold out setiap kali dibuka jualan, Khairulaming pada hari ini sekali lagi telah mendedahkan sokongan orang ramai terhadap produk keluarannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian di Instagram, Khairulaming telah memaklumkan akan membuka jualan Sambal Nyet pada hari bersempena tarikh 11.11 yang boleh didapatkan di Shopee.

Dalam pada itu, apa yang lebih mengejutkan, jualan 25,000 unit Sambal Nyet sekali lagi sold out meskipun sudah ditawarkan dalam kuantiti banyak. Bukan itu sahaja, 25,000 unit Sambal Nyet laris terjual hanya dalam tempoh kurang daripada 24 jam sejak jualan dibuka.

Khairulaming juga turut mendedahkan jumlah nilai jualan pada hari ini sahaja iaitu sebanyak RM375,779.58 hanya menerusi sebuah produk sahaja. Beliau memaklumkan proses pengeposan Sambal Nyet bakal bermula Ahad ini memandangkan cuti umum di Kelantan pada hari esok.

Berdasarkan perkongsian, ramai yang kagum dengan bisnes yang dibangunkan Khairulaming serta strateginya dalam meraih jualan yang tinggi mencecah hampir setengah juta.

Tidak kurang juga yang memaklumkan masih belum dapat merasa Sambal Nyet kerana sering terlepas peluang untuk membuat tempahan kerana sering sold out berikutan jualannya yang laris.

Sumber: instagram khairulaming
Sumber: instagram khairulaming

Tahniah diucapkan buat Khairulaming. Semoga perkongsian ringkas daripada beliau bakal menyunting semangat buat para usahawan untuk di luar sana untuk terus berusaha sekaligus mencapai kejayaan dalam bisnes yang dibangunkan.