Sudah menjadi tanggungjawab buat ramai dalam menjaga keselatan diri serta individu sekitar sewaktu berada di jalan raya. Kesalahan seperti melanggar lampu isyarat jelas antara yang kerap menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Situasi yang sama nyata berlaku lagi baru-baru ini melibatkan dua buah motosikal dari arah berbeza yang menyebabkan kemalangan gara-gara salah satu daripada motosikal tersebut memecut laju meskipun lampu isyarat sudah bertukar merah. Tindakan yang dilakukan membuatkan penunggang motosikal dari arah berbeza ini dilanggar sekaligus terjatuh dari motosikal.  

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebalik kemalangan yang berlaku, para netizen nampaknya lebih tertumpu dengan kepantasan ambulans yang tiba di lokasi kemalangan hanya selepas beberapa saat pelanggaran berlaku.

Meskipun hadir secara kebetulan, para netizen nyata kagum selepas ambulans ini berjaya tiba membantu mangsa sebelum terdapat pengguna jalan raya yang membuat panggilan kecemasan. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

https://twitter.com/orange_Iemonade/status/1560082575548239872

https://twitter.com/iskandareiner/status/1560138096221769730

Sementara itu, terdapat juga netizen yang meluahkan rasa berang dengan penunggang motosikal yang tidak mematuhi lampu isyarat sehingga mengakibatkan kemalangan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan lampu isyarat agar masalah melibatkan kemalangan dapat dielakkan.

Tular pada minggu lalu apabila wanita ini mendedahkan beliau telah menjadi mangsa ‘claim’ sifu bisnes atas kejayaan yang diperoleh menerusi perniagaan yang diusahakan. 

Sifu Bisnes ‘Claim’ Kejayaan Usahawan, Wanita Ini Dedahkan Pengalaman Dijemput Ke Seminar Pemasaran

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu