Sebut sahaja jenama dUCk, pasti ramai yang tahu akan kewujudan jenama ini dan boleh dikatakan jenama ini banyak terpalit kontroversi.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila tular video memaparkan pembeli barangan jenama dUCk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti barangan yang dibeli mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@haniefadila

quack quack quality out 🙄 #duck #iykyk

♬ original sound – haniefadila – haniefadila

Menerusi video tersebut, dapat dilihat para pembeli mengatakan beg dibeli mereka rosak walaupun belum setahun dipakai dan hal ini cukup mengecewakan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang mengatakan belum pernah sekali memakai barang dibeli tetapi rosak begitu sahaja. Malah, perkara ini turut tular di Twitter di mana pengguna jenama dUCk yang lain turut meluahkan perkara yang sama.

https://twitter.com/adahvector/status/1483077123867045888

Lantaran itu, ramai juga pembeli barangan mula suarakan rasa tidak puas hati mereka dan berkongsi keadaan beg mereka yang rosak. Tidak hanya itu, rata-rata netizen mengatakan beli barangan di Shopee yang murah itu lebih baik kualitinya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kontroversi yang pernah melanda jenama dUCk pada pautan di bawah ini.

Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Jenama dUCk

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet