Minggu ini hangat diperkatakan tentang isu telefilem ‘Tahfiz Gay’ yang dikhabarkan mengangkat tema LGBT. Ramai yang mengecam pihak produksi, Prokuya Studios dan individu yang meluluskan telefilem ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ untuk ditayangkan di peringkat umum. Jadi benarkah tohmahan ini?

Isu ini mula meletup apabila Prokuya Studios berkongsikan poster khas telefilem ini di Instagram. Ditambah lagi dengan kisah pelakon Syafie Naswip yang baru putus tunang, bertambah ‘sedap’ netizen untuk bercakap tentang isu ini. Untuk pengetahuan anda, telefilem ini belum pun lagi ditayangkan di televisyen.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Pemerhatian kami mendapati netizen terbahagi dan menyokong antara dua pendapat; satu yang terus mengecam isu ini dan satu lagi yang mengambil langkah kekal bersangka baik dan mahu ‘tonton dahulu baru komen’.

Cuma di sini kami ulas dua perkongsian yang mendapat perkongsian tertinggi di Facebook tentang isu ini. Satu daripada saudara Rohidzir Rais dan satu lagi daripada saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Tahfiz Gay…! Apakah itu yang cuba disampaikan oleh drama #demituhanakubersaksi terbitan Prokuya Studios.Menurut FB…

Posted by Rohidzir Rais on Thursday, 1 August 2019

Apa yang cuba disampaikan oleh telefilem terbitan Prokuya Studios ini? Itulah yang menjadi persoalan utama Rohidzir. Dalam tulisan panjangnya, beliau tidak bersetuju adanya drama seperti ini. Beliau nyata tidak bersetuju pelajar tahfiz yang berserban dan sering bersama al-Quran akan digambarkan dalam drama ini sebagai kaki liwat dan gangster Tahfiz.

Dalam perkongsiannya juga, beliau pelik mengapa RTM boleh meluluskan telefilem seperti ini untuk tayangan umum kerana ianya sedikit sebanyak boleh menjatuhkan institusi tahfiz dengan ‘pukul rata’ semua yang masuk tahfiz boleh terjebak dengan dakyah LGBT.

Beliau turut berkata, jika penerbit drama ini bertujuan untuk mengangkat tema LGBT dan memberikan petunjuk kepada golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan, sokongan akan diberi. Tetapi beliau turut mempertikaikan berapa peratus LGBT lahir di Tahfiz? Atau mereka yang masuk ke Tahfiz dalam keadaan sudah terpalit dengan LGBT?

Benda boleh tibai, buat apa nak tabayyun kan? Gegak gempita media sosial hari ni dek penangan drama Demi Tuhan Aku…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Friday, 2 August 2019

“Benda boleh tibai, buat apa nak tabayyun (pengesahan) kan?” Berbeza dengan Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang juga merupakan salah seorang speaker untuk laman ML Studio. Bagi Fairuz pula, Setiap ulasan yang dibuat netizen seolah-olah mereka sudah khatam 10 kali menonton cerita ini. Bagi mereka, telefilem ini sengana mahu memburukkan imej agama Islam dan institusi tahfiz di Malaysia.

Fairuz sendiri bertanyakan kepada tuan penerbit, Fadzil Zahari mengenai telefilem ini untuk mendapat pengesahan. Isterinya, pelakon Yana Samsudin juga bertindak sebagai penerbit eksekutif drama ini dan jika anda tidak tahu, Yana merupakan salah seorang artis tempatan yang banyak berkongsi awareness kes jenayah seksual kanak-kanak.

Fadzil dilihat kesal dengan sikap netizen yang menuduh beliau munafik dan kafir kerana menghasilkan telefilem ini. Fadzil berkata, sebenarnya telefilem ini mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin bertaubat. Dalam perjalanan beliau untuk bertaubat, beliau berhadapan dugaan di mana beliau dihina kerana bekas pengamal LGBT tiada tempat di tahfiz.

Gambar yang tular sebenarnya memberi gambaran yang salah dan tidak menceritakan perkara sebenar yang terjadi di dalam telefilem ini. Komen netizen yang menyatakan watak utama tengah pasrah dan redha bila diliwat adalah tidak benar sama sekali. Saudara Fairuz turut mengulas panjang tentang realiti sebenar yang sedang berlaku di pusat tahfiz di Malaysia dan anda boleh membacanya di sini.

Dalam laporan Harian Metro semalam, Fadzil berkata mereka sudah mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak stesen televisyen iaitu RTM dalam menghasilkan karya itu.

“Kalau memang berlaku liwat dalam pusat tahfiz dan membawa mesej yang buruk kepada Islam dan pusat tahfiz, kami pun takkan buat karya ini. Kami pun orang Islam. Tapi disebabkan ada mesej baik, dalam cerita ini, maksudnya ia bergantung pada pihak stesen televisyen. Karya ini diluluskan sebab ada garis panduan yang sudah ditetapkan dan produksi sudah ikut. Maksudnya, tidak ada babak yang keterlaluan dan memburukkan imej agama serta pusat tahfiz.

“Disebabkan garis panduan sudah ada, itu yang pihak RTM boleh luluskan. Sepatutnya, kena tengok dulu baru nilai,” katanya kepada Harian Metro.

Anda masih ingat dengan drama bersiri Nur? Pada mulanya, siri ini turut dikecam kerana mengupas isu kritikan sosial yang berlaku di Malaysia tetapi kemudiannya menjadi trending kerana penceritaanya yang bagus.

Secara puratanya, Nur menerima tontonan mencecah 9 juta untuk setiap episod ketika musim pertama dan membuktikan sebenarnya rakyat Malaysia sudah bersedia untuk drama atau siri dengan kritikan sosial.

Jadi kenapa tidak tunggu dan lihat dahulu ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ dan kemudiannya baru kita komen ianya bagus atau pun tidak? Mana yang baik, kita jadikan pengajaran. Mana yang buruk, kita perbetulkan.

Anda Mungkin Suka