Beberapa hari lepas agak heboh di media sosial tentang isu sama ada memang benar pelajar seni tiada masa depan?

Terpanggil untuk menjawab isu ini, saya ingin berkongsi tentang diri saya yang merupakan seorang produk serta graduan daripada bidang ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rasanya dari tadika lagi rakan-rakan sekelas pasti tahu Azlan memang minat seni, sekolah rendah ambil upah melukis 20 sen.

Walaupun masa sekolah menengah saya sebenarnya budak Sains Tulen. Degil mahu seni juga saya tambah pula subjek seni menjadikan saya satu-satunya yang ambil 12 subjek untuk SPM di sekolah saya ketika itu.

Tamat SPM saya sambung lagi dalam bidang seni (animasi) walaupun dapat tawaran sambung dalam bidang medik kerana terhasut dengan akak kerani di UniKL.

Katanya; “Dik bidang seni ni tak semua orang boleh masuk, hanya orang terpilih je berpeluang ambil yang ada bakat macam adik.”

Kata akak tu betul, saya dapat keputusan cemerlang di universiti, malah di hantar pihak universiti ke Indonesia untuk internship. Tak sangka dengan seni juga saya berpeluang ke luar negara.

pelajar-lulusan-seni-10
Bergambar dengan lukisan pensyarah saya.
pelajar-lulusan-seni-11
Studio kecil di bilik saya sewaktu di UK.

pelajar-lulusan-seni-1

pelajar-lulusan-seni-2

Sebaik saja tamat pengajian saya ditawarkan pula untuk sambung ke peringkat ijazah di United Kingdom juga dalam bidang seni.

Di United Kingdom, walaupun saya pelajar aliran seni tapi saya tetap tidak diketepikan dalam urusan persatuan bahkan diangkat jadi Pengerusi Regional menguruskan daerah-daerah yang dipimpin oleh ketua pelajar yang rata-rata mengambil aliran luarbiasa hebat di universiti-universiti terkemuka dunia. Budak seni pun boleh memimpin tahu!

Disebabkan kemahiran seni saya jugalah saya dapat merasa mewakili universiti ke pertandingan peringkat Nasional UK di London membentang projek perusahaan sosial keusahawanan kami, saya yang buat slide pembentangan tu.

Yang menilai pula bukan calang-calang lebih 40 orang juri, semuanya wakil syarikat-syarikat terkemuka United Kingdom.

Walaupun saya aliran seni tapi saya dapat berkahwin dengan graduan sarjana undang-undang dan bisnes maritim tak ada pula saya pilih kahwin dengan artis ke orang darah seni.

Baca Bagaimana Perkenalan Singkat 3 Minggu Dengan Seorang Gadis Bawa Saya Ke Gerbang Perkahwinan

pelajar-lulusan-seni-12b
Bersama Mayor Bristol yang memberi sokongan sebelum mewakili ke peringkat nasional di London sewaktu belajar dahulu.
pelajar-lulusan-seni-13
Saya dan isteri dipilih sebagai ambassador untuk Asean Conference di UK. Masa ni kami baru saja kahwin.
azlan-andi-4
Antara lukisan yang pernah saya hasilkan.
pelajar-lulusan-seni-8
Dijemput memberi bengkel seni di Cybersecurity Malaysia
pelajar-lulusan-seni-6
Semasa pameran seni di Jogjakarta
pelajar-lulusan-seni-7
Lagi. Dijemput memberi bengkel seni di Cybersecurity Malaysia
pelajar-lulusan-seni-3
Salah satu kerjaya saya sekarang.
pelajar-lulusan-seni-9
Semasa berkhidmat untuk production di stesen TV tempatan.

Tamat belajar saya dapat tawaran kerja yang pelbagai. Ijazah saya laku untuk masuk apa jua industri sebab apa jua jenis perusahaan perlukan kemahiran visual, pengiklanan dan pemasaran dalam organisasi mereka.

Saya juga aktif menganjurkan bengkel seni digital dan animasi. Yang terbaru saya dapat mengelola pertandingan seni digital dan animasi peringkat asia (Digital art and animation Competition Asia) yang akan berlangsung pada sabtu ini (24 Sept 2016).

Jadi segala apa yang saya belajar di UK, penglibatan persatuan, pengurusan korporat, serta projek akhir saya sangat-sangat membantu dalam kerjaya saya sekarang sebagai ekskutif di sebuah syarikat public listed.

Saya beruntung sekurang-kurangnya aliran seni boleh bantu tambah pendapatan dengan kerja freelance yang boleh dibuat secara santai.

Siap boleh ada kedai sendiri. Bayangkan kalau saya ambil aliran medik dulu saya tak pasti berapa lama diperlukan untuk saya buka klinik sendiri.

pelajar-lulusan-seni-14
Papan tanda kedai saya – KamiPrintShop.com
azlan-andi-3
Tulisan khat. Satu lagi cabang perniagaan yang saya jalankan.

pelajar-lulusan-seni-5

Dulu saya selalu diperlekeh ambil seni ni nak jadi apa? Budak kartun? Artis jalanan? Budak seni juga boleh survive di industri lain bahkan dunia korporat, skill kreatif adalah satu demand sekarang

Apa saya nak tekankan, kerjaya atau profession yang tinggi permintaannya di zaman sekarang tidak sama seperti dulu. Ijazah penting tapi pengalaman dan kemahiran (SKILLS) lagi penting.

Paling saya syukur dengan kerjaya saya pilih sekarang saya dapat teruskan minat saya travel dan yang paling penting dapat luangkan banyak masa dengan keluarga. Sangat berharga bila dapat melihat anak-anak membesar depan mata sendiri.

Azlan Andi
Penulis buku Biniku Ninja