Tak dapat disangkal lagi bahawa rakyat Korea Selatan umumnya memang cantik-cantik belaka. Namun begitu, Korea Selatan juga cukup terkenal dengan industri pembedahan plastik.

Ramai daripada rakyatnya yang membuat pembedahan plastik bagi mencapai beauty standard Korea tetapi bukan untuk ikon natural beauty, Song Hye-kyo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1588265895-song-hye-kyo
SUMBER: ALLKPOP

Sebelum kita bercerita dengan lebih mendalam tentang pelakon jelita ini, mari kita kenali siapa Song Hye-kyo terlebih dahulu.

Bagi mereka yang tidak mengenali siapakah empunya wajah yang cantik ini, beliau merupakan pelakon Korea Selatan yang cukup terkenal dikalangan pelakon Hallyu. Mula berkecimpung di dalam industri hiburan Korea ketika mendapat tempat pertama di Sun Kyung model contest, beliau seterusnya menceburi bidang lakonan dan sekarang, tiap drama yang dilakonnya, pasti akan hit. 

Nama yang tidak asing dalam industri hiburan Korea ini bukan saja sering dipuji kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana rupa parasnya yang jelita. Khabarnya, Song Hye-kyo diberi jolokan ikon natural beauty dalam kalangan rakyat Korea Selatan!

1597869317-image
SUMBER: allkpop

Menurut sebuah artikel, wajah jelita Song Hye-kyo juga merupakan antara wajah on demand di dalam industri pembedahan plastik meskipun Hye-kyo tidak pernah melakukan pembedahan pada wajahnya. Khabarnya, wajahnya sering ‘dipinjam’ pembedah kosmetik sebagai rujukan.

Tambahan lagi menurut sumber media, wajah Hye-kyo juga digelar ikonik kerana walaupun beliau sudah pun berusia 38 tahun, wajahnya masih lagi sama cantik seperti dulu.

Oleh kerana banyak daripada look beliau yang ikonik, satu artikel khas pernah ditulis oleh Luxury Insider dan Her World khusus untuk peminat Hye-kyo yang ingin mencuba mereka semua look-look ikonik Hye-kyo.

1597869274-image
SUMBER: ALLKPOP

Pelakon yang terkenal dengan drama siri Descendent of the Sun ini ternyata merupakan ikon kecantikkan kerana, bukan sahaja makeup yang digunakan beliau yang laris, malah, stail rambut beliau juga menjadi ikutan para peminat. Wah, bukan main besar pengaruh bekas isteri Song Joong-ki ini kan?

descendants-of-the-sun-0
SUMBER: SOOMPI

Pun begitu, walau ada berjuta orang yang meminati wajah cantik Hye-kyo, pasti ada yang berasa was-was tentang kecantikkan Hye-kyo ini. Benarkah beliau tidak pernah lakukan pembedahan?

4fa31b2fcf4d265d5b94eb91e73b6b4b
SUMBER: Pinterest

Soalan itu sering bermain dikalangan sesetengah rakyat Korea sampai ada yang membuat perbandingan wajah Hye-kyo yang dahulu dengan sekarang untuk mencari apa yang berubah. Namun begitu, sampai sekarang belum ada jawapan yang pasti. Apa pendapat anda? Adakah kencantikkan Hye-kyo memang benar-benar semulajadi?

Apa pun kebenarannya, tidak dapat disangkal lagi bahawa Hye-kyo sememangnya seorang wanita yang jelita sejak daripada kecil lagi.

song-hye-kyo-baby-5
SUMBER: Pinterest

Bercakap tentang kecantikan, tahukah anda Juliana Evans diundi sebagai 100 wanita tercantik dunia mengatasi Taylor Swift dan Emma Stone manakala Lisa BLACKPINK pula dinobatkan sebagai wanita tercantik Asia 2019? KLIK pautan di bawah untuk membaca!

Juliana Evans Diundi 100 Wanita Tercantik Dunia, Atasi Taylor Swift Dan Emma Stone

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Lisa Blackpink Dinobatkan Wanita Tercantik di Asia 2019