Seekor kelawar dengan saiz sebesar badan manusia telah mendapat perhatian masyarakat media sosial dan dilaporkan bahawa kejadian ini berlaku di Filipina.

“Ingat ketika saya memberitahu anda tentang warga Filipina yang memiliki kelawar bersaiz manusia? Ya, inilah yang saya katakan,” tulis pengguna Twitter AlexJoestar622 pada akhir bulan Jun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar tersebut sebenarnya diambil beberapa tahun lalu oleh seorang rakyat Filipina yang didakwa menemui haiwan ini di halaman belakang rumahnya. Gambar tersebut juga telah mencetuskan perdebatan di Reddit.

Cara gambar ini diambil juga dikatakan telah menjadikan kelawar ini jauh kelihatan lebih besar dari biasa. Namun sebenarnya,  kelawar tersebut hanya bersaiz ‘seperti anjing kecil,’ spesies ini mampu mencapai lebar sayar sebesar 1.7 meter, namun badan mereka sebenarnya agak kecil, hampir 30 cm panjangnya, lapor News Hub.

Tiada keraguan bahawa gambar itu sebenarnya asli. Pengguna Reddit malah telah memuat naik satu lagi gambar dengan sudut yang berbeza, di mana kelihatan kelawar tersebut sedang menguap ketika dia terjaga dari tidur.

Sejak itu, ia telah diperdebatkan di beberapa laman sosial. Ada yang menyatakan bahawa kelawar ini adalah sejenis Acerodon jubatus – kelawar yang mempunyai warna emas di kepala. Tetapi teori itu meragukan kerana kelawar tersebut tidak mempunyai warna emas di bahagian atas kepalanya.

wUgqAru
Reddit

Ada pula yang menyatakan bahawa kelawar itu datang dari jenis Pteropus vampyrus – salah satu kelawar yang bersaiz besar dengan telinga yang panjang dan bahagian muka seakan serigala.

Manakala terdapat juga beberapa perdebatan yang menghubungkan kelawar dengan vampire, tetapi secara faktanya, kelawar sebenarnya tidak kehausan darah, mereka hanya kehausan nektar – cairan manis yang dihasilkan oleh bunga. Malah mereka suka makan buah-buahan dan suka bertenggek di puncak pohon besar.

Untuk rekod, kelawar telah dikatakan punca kepada penyakit COVID-19 yang melanda dunia. Manakala di Sulawesi Utara Indonesia pula, kelawar masak lemak telah dijadikan sajian makanan untuk masyarakat di sana.

Terdahulu, kerajaan China telah bertindak menutup satu pasar basah di Wuhan kerana didakwa menjadi puncar kepada tularnya wabak COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Makmal Di Wuhan Ada 3 Jenis Wabak Coronavirus Yang Diambil Daripada Kelawar

Kelawar Masak Lemak Merupakan Menu ‘Special’ Di Perkampungan Indonesia Ini