Joe Flizzow semalam secara eksklusif telah melancarkan single baharu beliau bersama Azlan & The Typewriter yang bertajuk ‘Kuasa’.

Lebih menarik ada yang membuat andaian lagu ini sedikit sebanyak bercerita tentang scene politik di Malaysia. Joe Flizzow bagaimanapun telah menjelaskan maksud sebenar lagu tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penjelasan tersebut dibuat dalam temu bual khas bersama Fly FM di mana Joe Flizzow berkata beliau mula menulis lagu ini dua hari sebelum Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) dua tahun yang lalu. Ia adalah pandangan neutral tentang apa yang terjadi ketika itu dan Joe berpendapat untuk ‘merekod’ sejarah itu dalam bentuk lagu.

Mesej dalam lagu tersebut juga bersifat general dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. “Orang sanggup buat apa-apa sahaja demi kuasa. Ada orang kata duit itu satu motivasi tetapi kuasa itu adalah segala-galanya,” kata Joe.

Apabila ditanya kenapa tunggu dua tahun untuk siapkan lagi tersebut, Joe berkata lagu ini akan dimasukkan dalam album baharu beliau yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Menariknya, tajuk album tersebut juga akan menggunakan nama sebenar Joe Flizzow, Johan. Temu bual penuh boleh ditonton pada video ini.

Lagu ini mungkin bukan untuk semua orang tetapi Joe berkata ini adalah karya beliau yang lebih matang dan beliau akan hasilkan lagu dengan mood yang berbeza-beza dalam album Johan nanti.

Tidak lupa, selamat pengantin baru buat Joe Flizzow dan pasangan, Nini Marini!

Ini pula beberapa kejayaan hebat Joe Flizzow sepanjang karier sebagai artis. Baca lagi pada pautan di bawah.

Joe Flizzow Muncul Artis Malaysia Pertama Sertai Def Jam Recordings

Joe Flizzow Menang Trofi Di Anugerah MTV EMA 2018

Sejarah Lagu ‘Diss Track’ Dalam Industri Muzik Negara