Hujung minggu lalu, kecoh dikongsikan oleh pengguna media sosial tentang wajah beberapa individu di kepulauan Diego Garcia yang dikatakan mirip mangsa MH370.

Tidak cukup dengan itu, muncul pula dakwaan mengatakan laman Facebook AFN Diego Garcia sengaja mengambil gambar ‘orang Malaysia’ untuk dimuat naik di laman mereka. Tetapi jurugambar Hazrezal Ahmad membidas dakwaan tersebut dengan penerangan mudah difahami ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AFN Diego Garcia ‘Curi’ Gambar Orang Malaysia Berzumba?

Lepas disemak, rupanya gambar itu adalah stock photo. Stock photo tu apa?

Stock photo ini adalah gambar-gambar yang dirakam oleh seseorang dan dimuat naik ke platform marketplace seperti Shutterstock, Pexels, Pixabay dan sebagainya untuk kegunaan pihak ketiga. Pihak ketiga boleh muat turun gambar tersebut secara percuma atau berbayar bergantung pada kebenaran pemilik gambar.

Gambar zumba tersebut dimuat naik oleh Foongkwan81 dan beliau membenarkan ia diguna secara percuma di web Pixabay.

Gambar kontroversi di laman AFN Diego Garcia:

Sebenarnya bukan page AFN Diego Garcia sahaja yang guna gambar ini, ada banyak lagi web & blog yang guna. Ini sebahagian yang aku temui:

Digunakan oleh Finix Fitness
Digunakan di Shopee Blog Singapura
Digunakan di laman True Fitness

Tular Wajah Mangsa MH370 Mirip Penduduk Diego Garcia, Ini Penjelasan Anak Ketua Pramugara

Gambar ini menimbulkan kontroversi di laman AFN Diego Garcia kerana didakwa laman tersebut ‘mencuri’ gambar orang Malaysia bagi tujuan mempromosikan aktiviti fitness di pulau tersebut.

Ada orang Malaysia dalam gambar itu yang terkejut dan mengesahkan itu gambar dia dan rakan-rakan.

Benda ni jadi kecoh sebab pulau tersebut pernah dikaitkan dengan kehilangan MH370. Sekarang ia jadi persoalan bila admin laman tersebut menggunakan pula gambar ini. Tetapi sebabnya mungkin kerana mereka nak cari wajah-wajah Asian kerana di sana ramai yang berwajah demikian.

Individu dalam gambar itu pula elok recall balik sesi zumba tu, ta ada sesiapa maklumkan gambar mereka akan dijadikan stock photo.

Bagaimana cara mengesan sumber sesebuah gambar?

Anda guna Google Lens. Cara sama macam nak guna Google biasa. Bezanya masukkan link url image atau upload photo ke ruangan search image. Kemudian Google akan keluarkan result sumber-sumber gambar tersebut.

Kalau gambar itu belum pernah di muat naik ke internet, jadi memang tidak adalah result dalam Google.

Benda ini berguna kalau anda nak periksa penipuan gambar di internet. Dulu aku biasa guna bila nak beli barang online. Kalau seller ambik gambar itu dari tempat lain kat internet, dia akan kantoi.

Untuk kes gambar zumba ni, aku copy link image dari page tu dan paste kat Google Lens. Maka keluarlah result seperti link di atas tadi. Aku syak itu stock photo jadi aku tambah keyword ‘stock photo’ terus jumpa empunya gambar tersebut di Pixabay.

Semoga dapat meredakan kekusutan netizen. Hazrezal Ahmad merupakan pengasas Kretiva Studio dan merupakan seorang pakar dalam bidang branding concept & ideas dan digital artworks & multimedia. Ikuti beliau di sini.

Sebelum ini sebuah filem dirancang untuk dihasilkan berdasarkan misteri kehilangan MH370. Baca lagi pada pautan di bawah.

Into Thin Air, Kisah Berdasarkan Misteri Kehilangan MH370 Sah Bakal Difilemkan

Bekas PM Australia Dedah Kerajaan Malaysia ‘Tahu’ MH370 Adalah Jenayah Bunuh Diri